Basikal Specialized Untuk Dijual SEGERA!!!

SOLD ALREADY TO MR. SUBANG 5 APRIL 2011 @ IKEA

Specialized MTB Stumpjumper M5 Untuk Dijual dengan SEGERA, Harga buka RM 2500. Harga boleh Nego lagi sampai let go. Hanya untuk serius buyer sahaja. Sebab nak jual sebab dah ada 6 basikal, isteri sahaja yang pakai basikal untuk jalan-jalan kat taman. (Lady owner) dan dah nak berpindah ke luar negara akhir bulan April 2011. Siapa cepat dia punya...  Call segera EN. IZ 0173837504










Basikal Kembaraku Hibrid Mountain Bike (MTB)

Inilah jentera kesayangan kami. Basikal frame dari jenama GIANT model Upland SE. Modifikasi yang dibuat mengikut kesesuaian kawalan semasa touring. Kami bedua telah melakukan sedikit penambahan dan gadjet untuk kembara berbasikal.

Antara Peralatan dan gadjet basikal kembara Isteriku
Basikal yang JELITA yang dimodified oleh isteriku. Sebab ini basikal dia pun hehehe

Inilah jentera kesayanganku yang standard.

Peralatan dan gadjet yang siapsedia untuk touring.
Nota pedal: Tunggu sahaja langkah-langkah pemasangan gadjet touring pada masa akan datang. Tunggu ya

Night Touring / Kembara malam berbasikal di Putrajaya

Night touring atau kembara malam berbasikal bersama isteriku dan adik iparku, Aiman di Dataran Putrajaya sehingga precinct 20. Pecah peluh juga kayuh malam-malam di Putrajaya. Pada waktu malam tidak ada proses fotosintesis, jadi oksigen amat kurang dan ini akan membuatkan paru-paru kita bekerja lebih dari biasa mendapatkan oksigen. Bila bekerja lebih, maka terbakarlah kalori didalam badan dengan cepat. Proses hidrasi juga akan berlaku juga.


Persiapan sebelum memulakan kembara malam ( Night Touring), 

  1. kami telah merancang pelan perjalanan mengikut peta googlemap  bagi Putrajaya.
  2. Basikal-basikal hendaklah diperiksa dengan teliti dari segi brek basikal, tayar , rantai , cassete diminyakkan dan pedal serta handlebar.
  3. Pakaian hendaklah sesuai dengan touring malam ini, pemakaian vest pemantul cahaya wajib dipakai sepanjang touring ini. 
  4. Lampu depan  dan belakang hendaklah dipasang samada high beam atau berkelip-kelip bagi lampu belakang. Ini amat penting bagi memaklumkan kehadiran kita diatas jalanraya.
  5. Air minuman disimpan didalam botol atau beg hidrasi. Bawa sekali makanan untuk dikudap semasa berhenti. ambil tenaga dahulu.
  6. setelah persiapan dilakukan, berdoalah bersama-sama ahli kumpuan agar kembara ini diberi perlindungan damada yang nampak atau yang tidak nampak sepanjang perjalanan ini. Amin

Sebelum touring, pastikan pakaian kita sesuai untuk kembara malam. warna cerah lagi bagus. Kalau takde, pakailah vest pemantul cahaya. UTAMAKAN KESELAMATAN!

Reflector atau pemantul cahaya dari vest keselamatan kami.

Beg air 3 Liter dengan saluran bladder perlu semasa kayuhan tanpa henti.Kalau dahaga, silalah minum.

Inilah adik iparku, Aiman.

Kami memakai vest pemantul cahaya bersama lampu LED lip lap. dari jauh dah nampak dah...

Fotolog dari kamisanasini semasa touring di Putrajaya.
Nota: Kalau ada yang ingin menambah sebarang persediaan keselamatan sebelum touring, bolehlah respon didalam blog ini. Terima kasih ya.