Part 5 - Bercuti Di Hat Yai - Songkhla :Apa yang menarik di Songkhla??

Perjalanan seterusnya kami ke Songkhla didalam bahasa Thainya ataupun dahulunya sebagai Singgora yang merupakan  adalah sebuah bandar di Thailand berhampiran dengan sempadan Semenanjung Malaysia. Dalam tahun 2006, bandar Songkhla mempunyai 75,048 orang penduduk. Songkhla juga dikenali sebagai "Singgora" ataupun “Kota Singa” khususnya di kalangan negara-negara barat sebelum Perang Dunia Kedua. Ingatkan Singapura sahaja jadi Kota Singa, Songkhla juga dapat nama Kota Singa. Perjanlanan kami dari Hat Yai ke Songkhla jaraknya adalah 30km.
Tanda jalan mengikut laluan lebuhraya tidak bertol no 407 ke Songkhla .

Apa yang menarik perhatian kamisanasini ke sana adalah Songkhla adalah wilayah yang sangat cantik untuk dijelajah bersama-sama keluarga. Berlibur dengan bajet yang rendah tapi dengan impak maksima. Walaupun Songkhla lebih kecil berbanding dengan bandar Hat Yai, Songkhla adalah bandar wilayah untuk Wilayah Songkhla dan juga Wilayah Perbandaran Songkhla (Amphoe Mueang Songkhla kalau tak silap aku dalam bahasa siam).
Lensa Kameraku melihat anak-anak sekolah menaiki pengangkutan ke Sekolah. Kalau di Malaysia, confim memang tak bagi naik kenderaan macam ini kan. Fear Factor tu !

Songkhla terletak di muara tasik Songkhla yang menghubungkan tasik itu dengan Teluk Siam. Memang besar sangat dan luas sangat tasik Songkhla ini. Ingatkan laut, rupanya tasiklah. Bandar Songkhla adalah bandar pelabuhan dan pusat perikanan yang penting di Thailand, dan membekalkan banyak tangkapannya kepada pembeli-pembeli di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Rasanya ikan yang kita makan tu mungkin datangnya dari sana kan.
Antara Masjid yang terus mengimarahkan sinar Islam di Songkhla. Berhampiran Dengan Samila Beach, Songkhla.

Songkhla, satu dari pelabuhan penting Thailand dan wilayahnya dengan sumber lautnya, berlokasi 950 km dari Bangkok. Kawasan melingkupi  seluas 7393 km persegi di bahagian Timur semenanjung Malaysia, wilayah ini dibersempadankan dengan Malaysia di negeri Kedah dan Perlis Malaysia di Selatannya dan Semenanjung Thailand di bahagian Timur. Sebagai tambahan, Songkhla beradansem dengan wilayah Nakhon Si Thammarat dan Phatthalung di Utara, wilayah Yala dan Pattani di Selatan, dan wilayah Satun dan Phattalung di bahagian Barat. kalau mengikut sejarah kawasan Hatyai, Sokhla, Pattani dan Satun merupakan kawasan Tanah Melayu. Terpisah kerana perjanjian Inngeris -siam.
Eh ada ekorlah. Ekor apa ini? Jom kita cari mana badannya dan kepalanya?  Di Samila Beach, Songkhla

Isteriku dan Mat Siam yang dok baca buku.

Alamak! aku tak fahamlah bahasa Siam. Lepas ni boleh belajar lagi.

Aku suka dengan kata-kata hikmah pada monumen ini. Sekitar pantai Samila Beach terdapat banyak universiti di sekitar Songkhla rupanya. Sebab itu monumen berunsurkan keilmuan dan pendidikan dibangunkan disini. Baru aku faham.
Perjanjian Inggeris-Siam 1909 dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909. Perjanjian ini diadakan di Istana Raja Thailand di Bangkok yang diusahakan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir John Anderson.
Itu pulau Tikus dan Pulau Kucing. Dan yang model dok berdiri itu, adalah isteriku. hehehe

Monumen Samila Beach


Antara monumen kreatif di Pantai Samila
Mercu Tanda Songkhla
Say Cheese... Depan Monumen Songkhla di Samila Beach
Sejarah Songkhla
Meaow meow di depan patung kucing dan tikus. Kucing dan tikus mungkin kawan baik kut.
Britain tidak dapat bertangguh lagi untuk menguasai seluruh Tanah Melayu kerana negeri-negeri ini kaya dengan biji timah dan sesuai ditanam dengan getah. Tambahan pula negeri-negeri Melayu ini amat sesuai disatukan kerana mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu sama dari segi bahasa, agama, bangsa, cara hidup, kebudayaan dan lain-lain.

Untuk mempengaruhi Siam agar bersetuju untuk berunding, Inggeris dan Perancis telah bersedia menamatkan hak wilayah asing yang diperolehi sejak tahun 1855 dan 1856. Siam sedar bahawa Inggeris begitu serius terhadap perkara mengenai Negeri-negeri Melayu Utara lalu bersetuju untuk mengadakan perundingan. Rundingan telah diadakan dan akhirnya Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada 9 Julai 1909. Maka terpisahlah Hat Yai, Satun, Pattani, Yala , Satun kepada Negara Siam. Begitulah nasib Tanah Melayu yang dijajah oleh penjajah....Jadi apa yang kita dapat kesan-kesan perjanjian. Maka Negeri-negeri Melayu Utara berpindah tangan dari Siam kepada Inggeris dan negeri-negeri itu menerima seorang Penasihat British yang tugasnya seperti Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Seterusnya Penasihat British dilantik untuk berkhidmat di Perlis, Kelantan dan Kedah. Terengganu menerima Penasihat Inggeris pada tahun 1919. Bahkan Perjanjian ini telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu seperti mana kita dapat hari ini. Perjanjian ini menjamin Inggeris agar dapat menjalankan dasar monopoli perdagangannya di Semenanjung Tanah Melayu. Sudahlah hasil mahsul Tanah Melayu sudah dibolot oleh British dulu.. Kita sudah mendapat kesan pecah dan perintah amalam penjajah British sehinggalah kita mendapat Kemerdekaan. Itu bab sejarah yang dapat aku olahkan apabila melawat ke Songkhla.

akan bersambung lagi cerita pada 10 September 2011..TERIMA KASIH KERANA MENUNGGU.

Part 4 - Bercuti Di Hat Yai - Songkhla :Cari-cari tempat Makanan Islam Hat Yai

Sepanjang 3 hari mengembara dan menjelajah di sekitar Hat Yai . tidak susah untuk mencari makanan muslim atau makanan halal di Hatyai.  t.

Di mana-mana jalan atau lorong mungkin terdapat sebuah dua gerai atau kedai, cuma kita perlu melihat samada tulisan jawi atau kalimah alquran yang dipaparkan. Ini penting kerana mereka bertutur dalam bahasa yang sama, bahasa Thai dan sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa lain. Jika bbertutur pun di dalam bahasa Melayu dialek kelate. Kira boleh kecek sikit-sikit hambo nih. hehehe


Jika anda seorang muslim, tentunya persoalan pemakanan merupakan topik yang sangat penting sehari-hari lagi-lagi apabila berkaitan dengan halal dan haram. Sudah menjadi lumrah, seorang muslim akan senantiasa mencari makanan yang halal dan daripada sumber yang halal kerana itulah ajaran yang di sampaikan oleh Rasulullah saw. kepada kita. Bahkan kadang-kadang pantang untuk kita melihat makanan atau minuman yang haram hinggakan sesetemgah mungkin akan loya tekak atau merasa kurang senang apabila ternampak kedai atau makanan yang tidak halal. Mencari makanan yang halal adalah WAJIB. Jadi didialam coretan pengembaraan ini, aku coretkan sepanjang berada di Hat Yai dan Songkhla Thailand.


Selain itu, kita juga boleh kalimat dan paparan ‘halal’, lihat juga wanitanya. Kebanyakannya wanita di sini bertudung walaupun ramai juga muslimah yang tidak memakainya.

Yang pelik juga, muslim disini tidak memperaktikkan ungkapan salam “assalamualaikum’, sebaliknya ‘sawadeekap’ yang sering diucapkan apabila bertemu. Mereka juga kurang fasih berbahasa Melayu, hanya beberapa ungkapan yang boleh dituturkan. Begitupun, ada juga yang bercakap dengan fasih dengan dialeknya sedikit kepada dialek Kelantan. Begitu kuatnya semangat kesiaman yang diamalkan oleh negara Thailand.

Bagi aku, masakan mereka lebih enak terutama jenis yang kita dapati pada masakan Siam di Negara kita seperti Tomyam dan sebagainya. Ia lebih terasa kerana inilah masakan dan makanan mereka. Makanan  ulam-ulaman menjadi santapan perut kami berdua. kenyang sangat!! Maklumlah aku ini peminat makanan yang sedap-sedap. hehehe. Antara makanan yang menjadi santapan aku adalah kerabu mangga yang ditambah gajus dan kekacang. Best sangat.



Banyak pilihan semasa mencari makanan halal disini. Anda juga boleh memilih untuk memakan di kedai atau restoran. Ataupun gerai-gerai di tepi jalan dan dikaki lima. Masalah disini ialah gerai di tepi jalan dan di kaki-kakilima. Terpulanglah kepada kita menilainya samada makanannya bersih atau sebaliknya. Anda buatlah pilihan yang terbaik. Yang penting halal.

Sesuatu yang berlainan disini adalah hubungan antara peniaga, pelanggan dan penduduknya begitu ramah dan mesra. Mereka juga kelihatan santai sehingga ada gerai-gerai yang mempunyai tempat pembaringan. Wajah-wajah peniaga yang comel loteh membuat isteriku pun cemburu dengan kelembutan dan keramahan para peniaga menarik pelanggan membeli makanan. "Jangan marah ye sayang..." hehehe. Begitulah tarikan di Hat Yai yang dikenali sebagai Bandar Bidadari atau city of angels.

Berikut adalah lokasi GPS yang dapat aku simpan buat panduan kepada semua pengembara:


1. Kedai makanan muslim Orcha berhadapan dengan Hotel Kings, Jalan Nipatuthit 1, Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand.   Lokasi GPS (N7.003464,E100.469718)
  2. Restoran Sulaiman Di Belakang Hotel Kings. Jalan Nipatuthit 2 , Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand Lokasi GPS (N7.003602,  E100.470389)


3. Restoran Sumatra di Jalan Ratthakan, Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand . Bersebelahan Masjid berdekatan dengan Pasar Basah dan Kering. Berdekatan dengan Clock Tower. Banyak barang boleh dibeli disini dengan harga yang murah. Lokasi GPS (N7.009717,E100.467672)

4. Restoran Hamid memang terkenal. Berhampiran dengan bangunan Lee Garden Plaza . Lokasi GPS (N7.004955,E100.471601)

5.Restoran Rasef Seafood berhadapan Hatyai Hakka Assoc. Lokasi GPS (N7.003695,E100.472851)
Sebenarnya kesemua tempat makanan halal yang aku telah nyatakan adalah berhampiran sahaja. Boleh Jalan kaki selepas bershopping di sekitar Lee Plaza Garden. Hotel yang kami duduki pun dekat sangat. Kira boleh jalan kaki sahaja. Terpulang pada anda semua...  Semoga mendapat manfaat lokasi makanan halal yang kami sediakan. Terima kasih


View Tempat Makanan Halal Di Hat Yai Thailand in a larger map

Part 3- Bercuti Di Hat Yai - Songkhla :Aku Bukan Komunis! Aku Anak Malaysia Yang MERDEKA


Tips Trip dari kami:


Lokasi: Khao Nam Khang National Park Tunnel ( Terowong Komunis Malaya)
GPS: N6.57480 E100.57520
Jarak : Dari Sadao ke Khao Nam Khang National Park Tunnel 28KM
Bayaran: 120 Bhat atau RM 12.
Nota: Pelancong boleh mengambil kenderaan dari Alor Setar ke Pekan Danok dan kemudian ke Terowong Khao Nam Khang, Songkhla dengan menaiki teksi. Jarak dari Bukit Kayu Hitam ke Terowong Khao Nam Khang ialah 40 kilometer.
Jalan Menuju ke Terowong berhampiran dengan Taman Negara Khao Nam Khang


Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Kemerdekaan negara yang ke 54, aku dan isteri telah melawat dibukit Khao Nam Khang di Natawee, Songkhla, Thailand yang dikelilingi hutan rimba dan bukit-bukau serta jauh dari jalan raya utama sangat sesuai dijadikan kubu komunis sekitar 1970-an dan 1980-an bersedia untuk menyerang Malaysia dari utara. Banyak pengalaman yang dapat aku kutip disini. begini rupanya perjuangan yang sia-sia dibuat oleh pengganas Komunis terhadap negara kita.


Tanah Milik Bekas Pengganas Komunis Yang Ditanam Pokok Getah. Setiap Bekas Pengganas Komunis Mendapat 6 ekar Tanah Selepas Rundingan Damai Hat Yai 1989 Oleh Kerajaan Thailand.


Kesungguhan komunis mahu menyerang Malaysia pada masa itu terbukti apabila 200 anggotanya yang hanya bersenjatakan dengan ´pix axe´, pahat dan pemukul mampu mengubah bentuk bukit itu menjadi terowong markas mereka. Ini boleh digambarkan didalam gambar yang aku ambil sendiri pada setiap sudut kem komunis ini. Macam tak percaya bila melihat kemudahan pengganas komunis ini ditengah-tengah hutan belantara bersempadankan Malaysia. Kalau tak silap, kem komunis ini selari dengan kompleks Universiti Utara Malaysia. Kalau tak percaya cuba tengok google maps.
Pintu Masuk Pusat Pelancongan Terowong Komunis Malaya Khao Nam Khang

Pelancong pasti kagum dengan hasil seni anggota komunis membina terowong berkenaan.
Dengan tenaga kerja seramai 200 orang itu, mereka membina terowong dalam bukit berkenaan setinggi tiga tingkat tanpa menebang pokok besar.Apabila memasuki terowong tiga tingkat itu, anda boleh melihat pelbagai kemudahan dalam terowong itu seperti klinik, dapur, lapang sasar, bilik penginapan dan bilik komunikasi. Di luar bukit, pelancong dapat melihat kemudahan yang dibina komunis, antaranya kolam air, tandas, tempat mesyuarat dan gelanggang bola keranjang.


Difahamkan, terowong itu dibina anggota komunis mengambil masa selama dua tahun dengan jarak lapan kilometer.Jika memasuki terowong itu, pastikan anda menunduk kepala kerana ketinggiannya hanya 1.5 meter (m) dan lebarnya, satu meter.Terowong yang dibina antara 1972 dan 1974 itu mempunyai lima pintu utama dan didiami Regimen ke-8 Parti Komunis Malaya (PKM).Antara lima pintu itu terdapat satu daripadanya menghala ke Sintok dan Bukit Kayu Hitam, Kedah. Ia mengambil masa lapan jam untuk sampai ke situ.

Bagaimanapun, selepas perjanjian damai ditandatangani antara PKM dan kerajaan Malaysia, anggota komunis bersetuju untuk meletak senjata pada 1986.Justeru, terowong Khao Nam Khang dibuka kepada orang ramai pada 1997.Selain dapat melihat teknologi yang digunakan komunis untuk membina dan mendiami terowong itu, pelancong mendapat penerangan cara hidup dan kesusahan mereka di dalam hutan yang sentiasa berwaspada daripada serangan anggota tentera. Penulis diberitahu ketika mendiami terowong ini, anggota komunis boleh berkahwin sesama mereka.

Bagaimanapun, anggota lelaki mesti menjalani upacara ´kasi´ bagi mengelak melahirkan anak.Mas kahwinnya pula, pengantin lelaki hanya perlu menghantar secawan kopi dan dua biji gula-gula untuk pengantin wanita.



Pengalaman Bersua dengan Pengganas Komunis Malaya

Bukti Nyata. Terowong Bukti Pengganas Komunis Bersungguh-sungguh Untuk Menjatuhkan Kerajaan Malaysia Dengan Kekerasan

SIAPA CHIN PENG???

Antara buku propaganda dan ideologi komunis yang menjadi anutan Penggans Komunis ini. PKM meletakkan senjata tetapi bukan meletakkan ideologi Komunisnya. Awas anak muda di Malaysia.
CHIN Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Perjuangan revolusi (bersenjata) yang didokongnya banyak menumpahkan darah.

Tidak sedikit air mata yang mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika zaman Darurat (1948-1960). Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet getah seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.

Pastinya perajurit tanah air yang berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan kekejaman komunis. Selagi hayat dikandung badan, maka segala pengalaman itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka.
Manja Mohd Ludin dalam buku Psikologi Sosiologi dan Falsafah Dalam Pendidikan (DBP, 1990) mencatat seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Ramai perajurit yang cacat kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang.
Elok rasanya kita menyingkap sekelumit sejarah pergerakan komunis di negara kita. Ideologi komunis mula menyerap masuk ke Tanah Melayu pada 1920-an. Melalui Biro Timur Jauh, ejen komunis antarabangsa (Comintern), terutama dari China dan Russia berjaya mempengaruhi kebanyakan pertubuhan buruh, kesatuan sosialis dan kesatuan pengguna yang kebanyakannya dianggotai kaum Cina.

Bahan penerbitan komunis seperti surat berita keluaran Rosita dan Delta News Agency, buku dan risalah komunis dari China dan Russia mempengaruhi kebanyakan orang Cina. Buku berjudul Komunisme dan Negeri China karangan Fung Tsz You adalah di antara buku yang dibaca.

Kelas malam yang wujud di Kuala Lumpur turut dijadikan markas penyebaran fahaman komunis. Pada Mei 1926, Kesatuan Sekerja Am Nanyang ditubuhkan di bawah pengaruh Communist International TradeUnion Organisation (Profintern). General Labour TradeUnion’ di Singapura turut dipengaruhi komunis.
Begini Rupanya Pakaian Seragam Pengganas Komunis Malaya
Kedua-duanya mendalangi beberapa siri mogok sekitar 1920-an. Pada 1928 Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dengan sayap utamanya Liga Anti Imperialis Nanyang. Akhirnya, atas arahan Commintern, maka PKM ditubuhkan pada 1930 menggantikan Parti Komunis Nanyang. Sayap pemudanya dikenali sebagai Malayan Communist Youth. Pada 1935, pemogokan pekerja didalangi komunis berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur.

Ia menjadi serius pada 1937 apabila buruh estet getah dan bijih turut mogok menyebabkan ekonomi negara terancam. British di Tanah Melayu melaksanakan ‘Punishment Ordinance’ dengan menangkap pemimpin kesatuan buruh yang disyaki sebagai aktivis komunis. Namun, mereka terus berarak dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur dan keadaan menjadi serius apabila buruh lombong arang batu di Batu Arang merampas lombong serta mengawal pengurusannya.
Antara Bekas Pengganas Komunis Yang Membangunkan Memorial Tugu Komunis Malaya Di Khao Nam Khang
Ia akhirnya memaksa majikan bersetuju menerima beberapa tuntutan mereka seperti kenaikan gaji, syarat bekerja yang lebih baik dan kemudahan pekerja yang sewajarnya. Ketika Jepun menawan Tanah Melayu, PKM turut bangkit menentang Jepun menyebabkan British mengiktirafnya sebagai pertubuhan yang sah (1945-1948).

Sentimen anti-Jepun di kalangan orang Cina dan PKM mendorong mereka menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. Selepas tamatnya perang (16 Ogos 1945), MPAJA atau dikenali sebagai Bintang Tiga menguasai negara selama 14 hari dengan melakukan pelbagai kezaliman dan kekejaman.

Apabila British kembali pada awal September 1945 dan mengharamkan MPAJA, maka ahlinya menganggotai Old Comrades Association yang ditubuhkan akhir 1945. Di antara 1946-1947 terdapat hampir 300 pemogokan didalangi komunis.
Perjuangan Yang Sia-sia. Senjata Yang Banyak Membunuh Dan Mencacatkan Anggota Keselamatan Malaysia.
Pada 1947, Chin Peng dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM. Beliau tertarik dengan pendekatan revolusi komunis di China pimpinan Mao Zedong. Pada 1948, PKM mengangkat senjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Perjuangannya bersarang di hutan belantara dengan melakukan serangan hendap serta menggunakan kaedah perangkap samar yang mengorbankan banyak nyawa dan kecacatan. Pada 1955, Chin Peng menolak perjanjian Damai Baling dan meneruskan perjuangan bersenjata dengan berselindung di sebalik nama Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).
Dihadapan Terowong Khao Nam Khang

Pada November 1957 Persidangan International Communist Movement di Moscow mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang mewakili pertubuhan komunis antarabangsa di Tanah Melayu. Wakil PKM yang hadir dalam persidangan itu ialah Siu Cheong dan Musa Ahmad. Nama seperti Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah CD, Abu Samah Mohd Kassim, Shamsiah Fakeh, Ahmad Baki, Ali Majid dan Abdul Rahman membawa kita kepada persoalan mengenai pembabitan orang Melayu dalam perjuangan fahaman kiri ini.
Aku Anak Merdeka. 
Untuk mempengaruhi orang Melayu, komunis menerbit dan menyebarkan risalah dalam bahasa Melayu seperti Suara Boeroeh Malaya dan Ingatan. Mereka juga menubuhkan Jawatankuasa Tempatan Komunis dan Liga Anti-Imperialis.

Aktivis Parti Komunis Indonesia (PKI) juga digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu dan orang Jawa di beberapa negeri. Apabila pemberontakan PKI (1926) gagal, ramai tokoh ternamanya seperti Tan Malaka, Hasanoesi, Alimen, Sutan Pateh, Moeso, dan Boedisoejitro melarikan diri ke Singapura dan Pulau Pinang.
Tangga Menuju Ke Terowong
Wakil PKM iaitu Rashid Maidin pernah hadir dalam persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) di Maahad II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol pada Mac 1947. Beliau cuba membangkitkan semangat orang Melayu supaya menentang British melalui kekerasan tetapi usahanya gagal kerana ***ulama menolak perjuangan mereka.

Sekitar 1960-an, masih wujud usaha mempengaruhi orang Melayu melalui penubuhan beberapa sekolah tajaan komunis untuk orang Melayu tetapi gagal. Sekitar 1970-an, terdapat dua siri pembunuhan dilakukan oleh ejen komunis ke atas pegawai tertinggi Polis Di-Raja Malaysia iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1974) dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong (1975).

Tugu Negara juga turut dibom pada 1975. Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.

1. Pada 13 Dis 1948, pengganas komunis membakar bangunan anak-anak yatim di Serendah, Selangor membunuh seorang pengawas di rumah kebajikan itu.

2. Pada 21 Sept 1949, pengganas komunis di daerah Plentong, Johor Bahru melemparkan seorang kanak-kanak berusia lapan thn ke dalam api yang sedang marak menyala. Komunis turut membunuh kaum keluarga kanak-kanak malang itu.

3. Pada 5 Julai 1949 pengganas komunis melemparkan sebutir bom ke arah orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan sarkas di Kampar, Perak. Empat orang terbunuh dan 46 orang cedera termasuk kanak-kanak dan wanita sedang mengandung.

4. Pada 12 Ogos 1949, pengganas memasuki rumah para buruh di Ladang Jany, Selangor dan merompak wang tunai dan barang-barang kemas. Sebenarnya terlalu banyak tindakan komunis menceroboh, merompak dan membakar rumah pekerja.

5. Pada 4 Februari 1950 pengganas komunis membakar kampung di Simpang Tiga, Perak mengakibatkan 1,000 orang kehilangan rumah.

IDEALOGI KOMUNIS
Adunan pemikiran Marxism-Lenisnism menghasilkan apa yang dinamakan komunisme. Ia adalah satu fahaman yang bercanggah dengan fitrah manusia. Ideologinya bersifat atheist iaitu tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Bagi Komunisme, materi (benda) adalah hakikat segala kepercayaan. Ia menjadi asas pemikiran komunis. Ideologi komunis pada hakikatnya membawa ”kesedaran palsu” kepada manusia kononnya keadilan dan kesamarataan hanya mampu diberikan oleh komunisme.


Komunisme dikepali oleh W.I.Lenin, sejak tahun 1917 telah menjadi kekuatan politik dan ideologi international. Apabila revolusinya di Jerman gagal dan tidak diterima oleh Eropah maka ia menjadikan Asia sebagai kawasan untuk menyuburkan fahaman komunis. Ideologi komunis mula menyerap masuk dibeberapa negara Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu pada sekitar 1920-an.


Perjuanganya bersifat keras@pendekatan revolusi bersenjata. Padanya, kekerasan atau revolusi adalah satu-satunya jalan untuk membentuk satu masyarakat komunis yang kononnya dapat menebarkan kemakmuran negara secara adil. Segalanya milki negara dan tidak ada pemilikan individu. Jelas bahawa asas pemikiran dalam persoalan milik harta bercanggah dengan ajaran Islam dan demokrasi.


Siapa yang tidak pernah mendengar tentang Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubuhan komunis Malaya, terkenal dengan gelaran Bintang Tiga menguasai Tanah Melayu selam 14 hari selepas Jepun menyerah kalah pada 16 Ogos 1946. Dalam masa tempoh sesingkat itu pelbagai bentuk penyiksaan, kezaliman dan keganasan bermaharajalela di negara kita dek kerana angkara dan kejahatan komunis.


Ketika Jepun menjajah Tanah Melayu, kebanyakan orang Cina menyertainya kerana benci akan Jepun ekoran permusuhan China-Jepun ketika itu. Jepun menjadikan mereka sebagai sasaran kekejaman. Memang ada orang Melayu yang menyertainya tetapi sedikit. Tokoh-tokoh Melayu  yang menyertainya adalah disebabkan tertipu dengan permainan dan tipu daya licik PKM.


Selepas tamat perang dan Jepun menyerah kalah, perjuangan Komunis bertukar haluan untuk mewujudkan negara Komunis Tanah Melayu. Memang itupun agenda komunis yang menerima arahan dari Komunis antarabangsa (Comintern). Mereka berselindung di sebalik slogan pembebasan nasional.

Kau Komunis Rupanya!!!

Adakah benar ideologi komunis sudah berkubur di negara ini sebaik sahaja Perjanjian Damai antara PKM dan kerajaan Malaysia yang diadakan di Haadyai pada 1 Disember 1989? Semasa sidang media selepas majlis perjanjian tersebut, Chin Peng yang ditanya wartawan berkata bahawa PKM hanya meletakkan senjata bukannya membubar PKM. Chin Peng mengaku bahawa fahaman komunis adalah ideologi anutannya. Beliau tidak mengisytiharkan bahawa dia telah membuang secara total ideologinya.Malah dalam buku Chin Peng My Side Story mempamerkan kebanggaannya terhadap ideologi tersebut.

Tempat Latihan Menembak Di Dalam Terowong
Tempat Memasak Di Dalam Terowong
Tempat Operasi Kecemasan Bagian Tujuan Melakukan Pembedahan
Tempat Propaganda Komunis.
 Begitulah perjalanan kami ke kawasan bekas kompleks Komunis Malaya yang menjadi lipatan didalam sejarah. Kami Rakyat Malaysia tidak akan lupa apa yang pengganas Komunis buat kepada ahlli keluarga kami. Parut berdarah tetap ada lagi walaupun ia telah lama berlalu. Ingatlah, anggota Komunis Malaya telah meletakkan senjata tetapi ideologi Komunis sangat bahaya walaupun tanpa senjata. Itulah kesimpulan yang dapat kami kongsikan. Kami meneruskan perjalanan ke Hat Yai melalui sadao... Malam Pun menjelma. Hat Yai yang mendapat Kota Bidadari ( City of Angels). Aku pun tak tau apa yang bidadarinya sangat. Mungkin kerana wanita yang putih mulus kut????