Harimau Malaya Kalah Bermaruah, Bukan Sandiwara!!! Tanah Tumpah Darahku. Sokong Tetap Sokong


28 Julai 2011 yang lalu, ingin aku coretkan pengalaman semasa pra kelayakan piala dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura.  Aku dan isteriku dan juga penyokong Harimau Malaya pasti tidak dapat lupakan ngauman Harimau Malaya menunjukkan semangat yang waja. Nanyian lagu Negaraku dinanyikan dengan penuh hormat dan kuat bergema di Stadium Bukit Jalil.  Panas! Panas! Sesiapa yang tengok perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Harimau Malaya menentang Singapura tadi mesti berasa panas atau hangat sehangat hangatnya! Separuh masa pertama corak permainan Harimau Malaya sedikit hambar dan mereka bangkit pada separuh masa kedua, tetapi malangnya Jurulatih Pasukan Singapura semakin rancak bertindak dengan sandiwara mereka selepas Safee Sali berjaya memecah gawang pintu gol Singapura. Kehangatan didalam Stadium membuat kami lagi terbakar sangat. Isteriku dan aku juga dapat merasa aura kebangkitan Harimau Malaya. Fuh...macam nak roboh jerit gempak gempita penyokong Harimau Malaya meraikan gol yang pertama....Ibarat ngauman harimau yang tangkas berjuang.


Tapi apakan daya, Pasukan Bola Singapura penuh dengan helah dan sandiwara. Asal sakit aje, buat-buat jatuh. Sandiwara sang todak. Kalau menang macam tu, memang menang tak bermaruah langsung.

Isteriku mulalah  mengaum habis-habisan walaupun Harimau Malaya kalah pada malam ini dengan agregat 4 dan Singapura 6, tetapi saya sebagai anak Malaysia berbangga kerana Pemain Bola Sepak Negara mempersembahkan permainan yang amat membanggakan. Tahniah kepada Harimau Malaya! Tahniah jugak kepada pasukan Singapura sebab Sandiwara di Rumput Malaysia anda telah berjaya… Teruskan sandiwara pada masa permainan yang akan datang! Kami bukan penonton yang bisu, tetapi akan mengaum hingga di Pulau Yang Bakal Dilanggar Harimau akan datang. Awas! Rasanya Isteriku lagi bertambah geram bila dengar sandiwara SINGApura.... oh isteriku..hehehe