Coretan Di Sekitar Tugu Negara Dan Istana Negara - Versi Jalan Cara Kami

Antara coretan jalan-jalan kami di sekitar Tugu Negara. Al maklummlah kalau dah namnya rakyat Malaysia, sejarah Malaysia kenalah tahu kan Oklah hari ini kami berjalan-jalan di sekitar Tugu Negara.  Kalau ikutkan nak riding guna jentera kesayangan kami. nampaknya wife kesayangan nih penat pula nak mengayuh dari Bukit Kiara. Jadi program kita tukar naik tayar empat lah. hehehe. Next timelah kita riding tour guna bike ok.  sayang,


Berikut adalah nota yang aku copy paste dari wiki..:


Tugu Peringatan Negara.
Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara. Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.

Kompleks Tugu Negara yang ada kini di kawasan Taman Tasik dibuka pada 8 Februari 1966. Ia memasukkan Taman Peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira yang mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negara Malaysia. Tiang asal dialih ke Kompleks Tugu Negara kini dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).


Lepas pergi Tugu Peringatan Negara, kami pun bersantai ke Istana Negara. Opss bukan ke Istana Negara, tapi tepi pagar Istana Negara. rasa-rasanya ramai dikalangan kita tak pernah sampai kat depan Istana Negara. Mungkin korang antaranya yang tak pernah sampai kut? hehehe. Oklah


Macam biasalah: Aku copy dari en. Wiki..hehe

Istana Negara adalah tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana ini terletak di Jalan Istana bertentangan dengan Jalan Syed Putra, suatu kawasan seluas 28 ekar atau 11.34 hektar di tepi bukit Petaling di Kuala Lumpur yang menghadap Sungai Klang.
Bangunan ini pada asalnya sebuah banglo yang telah dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman seorang jutawan dari China, iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan selepas diubahsuai ia dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor sehingga tahun 1957.

Bangunan yang indah itu kemudiannya dibeli oleh kerajaan persekutuan dengan harga RM1.4 juta pada 1957 dan diubahsuai dengan harga RM328,000 untuk menjadikannya sebagai istana yang sesuai untuk kediaman Raja bagi sebuah negara merdeka yang baru.
Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan ketua negara Malaysia yang pertama mendiami Istana Negara iaitu bangunan putih yang mempunyai dua kubah emas beberapa minggu sebelum kemerdekaan diisytiharkan.
Istana tersebut kemudiannya direka semula oleh arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale sementara pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor tempatan yang mengambil masa empat bulan dan tidak mempengaruhi struktur utama bangunan. Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah bilangan bilik daripada 13 buah kepada 20 buah, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, 4 bilik tetamu, 2 balai kemasukan dan 1 dewan santapan.

Ekasikal- Basikal Terkecil Di Dunia

Ekasikal terkecil di dunia


SEORANG pengguna menguji ekasikal Solowheel.


NEW YORK - Seorang pereka Amerika Syarikat (AS), Shane Chen mencipta ekasikal (basikal satu tayar) elektrik yang terkecil di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kenderaan satu tayar itu yang dinamakan Solowheel, sesuai untuk kegunaan harian atau riadah dan ia boleh dilipat supaya mudah dibawa ke mana sahaja.
Solowheel dijana motor elektrik berkuasa 1,000 watt dan memiliki kelajuan maksimum 20 kilometer sejam
Ia boleh bergerak selama dua jam dan boleh dicas semula dalam masa cuma 45 minit.
"Solowheel cuma seberat 9 kilogram dan anda tidak perlu merantainya seperti basikal," kata Chen.
Kenderaan itu dilengkapi beberapa sensor giroskop bagi memastikan ia seimbang dan stabil.
Penunggang hanya perlu mencondongkan badannya ke hadapan, kiri atau kanan untuk menggerakkan Solowheel atau mencodongkan badan ke belakang untuk memberhetikannya.
Solowheel yang berharga £975 (RM4,800) akan berada dalam pasaran pada bulan depan. - Agensi