Perancangan Kembara Basikal Raya Aidilfitri Dari Kuala Nerang ke Songkhla Melalui CIQ Durian Burung, Kota Putra , Kedah


 Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Begitulah lirik lagu dari Allahyarham Sudirman yang terngiang-ngiang ditelinga. Hari Raya semakin hampir. Kampungku di Kuala Nerang Kedah nun jauh di Utara.Rasa tak sabar nak balik kampung. Ingat Raya, ingat ketupat palas, rendang masakkan emak ku. Raya pertama dan kedua merupakan slot untuk keluarga aku.


View Laluan Kembara Basikal CIQ Durian Burung, Kota Putra (Malaysia) ke Hat Yai (Thailand) in a larger map

Hari ketiga adalah slot untuk aku kembara dari Kuala Nerang ke Hat Yai mengikut laluan pintu masuk  sempadan yang kedua . Nak tau dimana??? Ramai yang tak mengetahui tentang pintu sempadan yang kedua ini. Pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah merupakan pintu sempadan pertama dan pintu sempadan yang kedua adalah CIQ Duriang Burung, Kota Putra di daerah Padang Terap, Kedah. Tak jauh pun dari kampung di Kuala Nerang, Insyallah... Pengalaman menggunakan laluan kedua melalui CIQ Kota Putra, Durian Burung ini akan dikemaskini selepas mengembara dari Kuala Nerang ke Songkhla.Aku dan isteriku akan beraya bersama-sama didalam kembara basikal ke Songkhla mengikut laluan yang tidak pernah lagi rider basikal lalu disini. Tunggu ye nanti.

Batu Sempadan Malaysia (Duriang Burung) - Thailand (Ban Prakorb) berhampiran dengan kampung ku
Pada tahun 2004, aku berkesempatan merakamkan video suasana pintu masuk negara melalui Negeri Kedah iaitu Kota Putra, Durian Burung yang terletak di Daerah Padang Terap. Selepas sahaja Pilihanraya Umum yang ke 11, aku melihat banyak perubahan yang berlaku selaras dengan pembangunan yang diwar-warkan oleh pemimpin negeri ketika itu. Video rakaman ini bolehlah dilihat di laman youtube semasa aku merakamkan untuk pembangunan kawasan di Daerah Padang Terap. Rakaman ini dibuat bersama -sama dengan ayahku.



Kini aku kembali melihat semula kawasan pembangunan CIQ yang dibangunkan sejak tahun 2004 kini berubah wajah. Pintu masuk kedua negara selepas Bukit Kayu hitam, Kota Putra akan menjana ekonomi negeri bahkan penduduk tempatan akan merasai bersama kemajuan bersama. Tidak kiralah siapa sahaja kepimpinan negeri yang mentadbir, bagi saya pemimpin yang adil dan berjiwa rakyat akan melunaskan tanggungjawab amanah yang diberi oleh rakyat. mandat yang diberikan adalah amat besar tanggungjawab untuk dilaksanakan. Negeri Kedah merupakan negeri pertanian yang memerlukan impak berskala besar bagi menjayakan negeri pertanian bertaraf moden selain disuntik dengan nilai-nilai islam didalam apa jua bidang bidang.

Jalan di sekitar Kota Putra, Durian Burung, Padang Terap

Bangunan Kastam, Imegresen dan Kuarantin CIQ di pintu masuk Kota Putra, Duriang Burung


Pintu masuk utama Kota Putra ke Thailand



Oklah tunggu sahaja log kembara basikal ku dari Kuala Lumpur opss Kuala Nerang Ke Songkhla menggunakan laluan alternatif bukannya laluan tikus ye. Raya ketiga nanti aku akan kemaskini semua maklumat untuk semua peminat kembara basikal.


DENGAN KESEMPATAN YANG ADA, AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI AKU. TUNGGU SAHAJA BUAH TANGAN KAMI DARI KEMBARA BASIKAL NI NANTI

Harimau Malaya Kalah Bermaruah, Bukan Sandiwara!!! Tanah Tumpah Darahku. Sokong Tetap Sokong


28 Julai 2011 yang lalu, ingin aku coretkan pengalaman semasa pra kelayakan piala dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura.  Aku dan isteriku dan juga penyokong Harimau Malaya pasti tidak dapat lupakan ngauman Harimau Malaya menunjukkan semangat yang waja. Nanyian lagu Negaraku dinanyikan dengan penuh hormat dan kuat bergema di Stadium Bukit Jalil.  Panas! Panas! Sesiapa yang tengok perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Harimau Malaya menentang Singapura tadi mesti berasa panas atau hangat sehangat hangatnya! Separuh masa pertama corak permainan Harimau Malaya sedikit hambar dan mereka bangkit pada separuh masa kedua, tetapi malangnya Jurulatih Pasukan Singapura semakin rancak bertindak dengan sandiwara mereka selepas Safee Sali berjaya memecah gawang pintu gol Singapura. Kehangatan didalam Stadium membuat kami lagi terbakar sangat. Isteriku dan aku juga dapat merasa aura kebangkitan Harimau Malaya. Fuh...macam nak roboh jerit gempak gempita penyokong Harimau Malaya meraikan gol yang pertama....Ibarat ngauman harimau yang tangkas berjuang.


Tapi apakan daya, Pasukan Bola Singapura penuh dengan helah dan sandiwara. Asal sakit aje, buat-buat jatuh. Sandiwara sang todak. Kalau menang macam tu, memang menang tak bermaruah langsung.

Isteriku mulalah  mengaum habis-habisan walaupun Harimau Malaya kalah pada malam ini dengan agregat 4 dan Singapura 6, tetapi saya sebagai anak Malaysia berbangga kerana Pemain Bola Sepak Negara mempersembahkan permainan yang amat membanggakan. Tahniah kepada Harimau Malaya! Tahniah jugak kepada pasukan Singapura sebab Sandiwara di Rumput Malaysia anda telah berjaya… Teruskan sandiwara pada masa permainan yang akan datang! Kami bukan penonton yang bisu, tetapi akan mengaum hingga di Pulau Yang Bakal Dilanggar Harimau akan datang. Awas! Rasanya Isteriku lagi bertambah geram bila dengar sandiwara SINGApura.... oh isteriku..hehehe


Semangat Merdeka Yang Ke 54 Tahun ... Malaysia Tanah Tumpah Darahku

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera kepada semua peminat blog kamisanasini


SEKUMPULAN remaja mengayuh basikal berhias Jalur Gemilang mengelilingi Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang,Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI



"Keratan dari Utusan Malaysia : Pelbagai cara dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi menunjukkan semangat Hari Merdeka yang bakal disambut pada 31 Ogos ini.Antaranya, menghiasi basikal dengan sejumlah Jalur Gemilang dan mengayuhnya mengelilingi kampung seperti yang dilakukan oleh sekumpulan remaja di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang."

Semangat yang ditunjukan oleh peminat-peminat basikal yang membawa bendera Jalur Gemilang merupakan satu semangat yang patut dicontohi/ Bukan sekadar membawa Bendera Malaysia, bahkan ia merupakan maruah negara pada panji utama negara. Apakah erti kemerdekaan buat anda???


Merdekakah kita kalau : Mereka menjerit. Mereka kibarkan bendera. Mereka bakar bunga api. Bila selesai, balik rumah TIDUR. Jadilah umat yang MERDEKA ialah umat yang bebas dari isme dan pemikiran manusia yang jahil. Jadilah umat yang menyembah 1 Tuhan. 1 Aqidah. 1 Syariat.

Merdeka bukannya terbatas kepada bebas dari penjajahan secara fizikal malah menjangkaui batas pemikiran dan rohani. Sebagai umat Islam, apakah seseorang atau bangsa itu dikira merdeka sekiranya masih mengagungkan sesuatu yang bukan bersumberkan Al Quran dan Hadis. Iaitu baik dari pengaruh barat mahupun terbelenggu dengan anggapan yang sesuatu dari timur itu seharusnya dijadikan ikutan? Segala yang dari barat dikategori sebagai bagus mahupun perkara yang berkaitan dengan sesuatu adat dan ketuanan sesuatu bangsa maka menghalalkan seseorang itu melakukan perkara sewenang-wenangnya? Sehingga menyebabkan seseorang itu menolak kebenaran dan berlaku zalim terhadap orang lain? Fikir-fikirkanlah...

Rasulullah s.a.w berjaya membentuk sebuah masyarakat Islam yang unggul dan menjadi tuan kepada masyarakat-masyarakat yang bukan Islam di sekeliling Madinah, maka mengapa tidak generasi Islam masa kini menjadikannya sebagai neraca untuk membentuk masyarakat yang unggul dan disegani dalam segenap lapangan.

Kedatangan Islam bertujuan membebaskan manusia daripada penjajahan minda dan anggapan. Perhatikan jawapan Ruba’ei bin Umair ketika berhadapan dengan Rustam, panglima perang Rum yang digeruni oleh pihak lawan dan rakan. Rustam telah bertanya kepada Ruba’ei, “Mengapa engkau datang kepada kami?”

Maka jawab Ruba’ei, “Kami datang untuk mengeluarkan manusia daripada menjadi hamba sesama manusia kepada menjadi hamba kepada Allah, dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid dan mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.”

Tatkala manusia tunduk patuh hanya kepada Allah Yang Maha Penciptanya semata-mata, maka ketika itulah seseorang itu memiliki jiwa kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya… Merdekakah kita? Kemerdekaan bukan selamanya milik kita jika kita alpa wahai sahabat.



Wallahualam.. 

Backpackers Di Cambodia : Versi riki line jalan kembara basikal

Kali ini aku nak bercerita tentang negara Cambodia atau pun kemboja. Dengan menaiki penerbangan Air Asia yang bermodalkan RM 280 pergi balik. Maklumlah tiket masa promosi memang murah kan kan. :):):) Keinginan aku nak backpacker berkelana seorang diri akhirnya tercapai juga. Tinggallah isteriku di rumah, ambil beg backpackers dan terus ke dunia yang tak pernah kita jumpa . Begitulah cabaran seorang backpackers yer. Misi aku kali ini adalah untuk riki line tempat untuk melaksanakan kembara basikal bersama-sama dengan adik iparku, Aiman. Persediaan penting memastikan impian kembara basikal ini berjaya. Berlepas dari LCCT ke Phnom Penh International Airport mengambil masa 2 jam lebih sahaja.

PERKARA YANG PENTING DI CAMBODIA
  1. Info atau maklumat pasal border crossing boleh cari dalam Seat61( laman web yang menjadi rujukan semasa travel ke luar negara terbaik bagi yang nak merasa travel dengan keretapi), Canbypublications dan juga Lonely Planet (LP).
  2. Rakyat Malaysia, Singapore, Philippines, Laos dan Vietnam dapat pengecualian visa. Citizenship lain kena bayar USD20 untuk visa selama 30 hari sahaja.
  3. Departure tax sebanyak USD25 dikenakan bagi mereka yang keluar dari negara ini dengan kapal terbang. Sediakanlah duit USD sebab matawang Riel tak diterima dalam kes ni. Kalau border crossing dengan pengangkutan darat tak perlu bayar apa-apa. Free sahaja. Jadi kalau nak ride basikal ni, penat pun dapat, percumalah kiranya..
  4. Matawang USD diterima dengan meluas berbanding Riel (official currency). Pelbagaikan matawang dan yang paling penting kena merancang sebelum kembara basikal.  Simple conversion untuk USD dan Riel, USD1 = KHR4000 (KHR = Khmer Riel).Tiada penggunaan syiling di sini, sume urusan jual beli dalam wang kertas.
  5. Kebanyakan orang Cambodia boleh cakap English dengan baik selain dari bahasa Perancis dan Khmer (mother tongue). Jangan terkejut bila mereka bercakap Melayu sebab kat sini ada orang Khmer muslim.
  6. Cambodia ialah GMT+7 (sama dengan Thailand) dan waktu di sini lewat sejam dari waktu di Malaysia


Kerajaan Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.  Phnom Penh juga dahulu dikenali sebagai Krong Chaktomuk yang bererti "Kota Empat Wajah". Nama ini merujuk pada persimpangan Mekong, Bassac, dan Tonle Sap melintasi sungai untuk membentuk "X" di mana ibu negara berada. Krong Chaktomuk adalah singkatan dari nama upacara yang diberikan oleh Raja Ponhea Yat, nama penuhnya Krong Chaktomuk Mongkol Sakal Kemboja Thipadei Sereythor Inthabot Borei Roth Reach Seima Maha Nokor.

Bangunan Putih pemberian oleh Negara Penjajah Perancis kepada Kerajaan Cambodia. Bangunan ini merupakan sebahagian Istana Napolean di Perancis yang dibawa khas melalui terusan Suez ke kerajaan Cambodia. Ada Simbol N pada bangunan ini.

Nama ini terdiri daripada Pali, dan longgar diterjemahkan sebagai "Tempat daripada empat sungai yang memberikan kebahagiaan dan kejayaan Kerajaan, pemimpin tertinggi serta kota ditembus dari Indra Kerajaan yang maha besar"

Phnom Penh adalah ibu kota yang terbesar di Kemboja. Terletak di tepi Sungai Mekong, Phnom Penh telah menjadi ibu negara sejak Kemboja dijajah Perancis, dan telah berkembang menjadi pusat bangsa kegiatan ekonomi. Phnom Penh telah berkembang menjadi industri, komersial, budaya, pelancongan dan pusat sejarah Kemboja.

Pernah dikenali sebagai Mutiara Asia, ia itu dianggap sebagai salah satu kota terindah yang dibina Perancis di Indocina pada tahun 1920. Phnom Penh, bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan yang signifikan global dan domestik untuk Kemboja. Ditubuhkan pada tahun 1434, bandar ini terkenal kerana seni bina yang indah dan sejarah dan tarikan. Ada sejumlah bangunan kolonial Perancis hidup, seperti Royal Palace, Phsah Thmei, dan bangunan gaya lain Perancis disepanjang jalan-jalan besar.

Terletak di tepi Sap Tonle, Mekong dan sungai Bassac, Phnom Penh adalah rumah bagi lebih dari 2 juta penduduk Kemboja lebih dari 13 juta. Ini adalah bandar terkaya dan paling padat penduduknya di Kemboja dan merupakan rumah bagi negara politik hub.

Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke-14. Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh Semenanjung Indochina.
Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Agama lain termasuklah Islam (penduduk Cham) serta animisme di kalangan kaum peribumi. Bab makan susah sikitlah tak ramai orang islam disini, jadi kenalah pandai mencari yang halal.

Antara laluan sungai yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik Tonlé Sap yang merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya. Fuh.. Memang luas sangat sungai Mekong nih. Takut jga kalau tenggelam kat sini, tak timbul-timbul. Tapi mengikut cerita orang tempatan yang fasih berbahasa melayu loghat Champa nih.. Masih banyak lagi yang tak diterokai dibawah dasar sungai Mekong nih. Ada juga yang bercerita tentang emas di dasar sungai Mekong yang masih tak diterokai.

Pada 2005, simpanan minyak petroleum dan gas asli telah ditemui di bawah laut Kemboja. Perlombongan minyak yang bakal bermula pada 2009 dijangka akan menghidupkan semula ekonomi Kemboja yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan. Mak ramailah pelabur-pelabur yang berminat nak melabur di Kemboja. Maklumlah minyak dah dijumpai dikawasan negara kemboja,

 

Di Kemboja, negara ini berkiblat Amerika. Ya! Amerika menjadi penyokong kuat bagi negara ini. kalau nak tengok lambakkan barang-barang made in USA. Datanglah ke Kemboja, macam-macam ada. Kereta Hummer pun ada. Sebab itu US Dollar menjadi pilihan bila jurusan jual beli disini.

Insyallah aku akan bercerita kos, tempat yang menarik dan pengalaman yang tidak akan dilupakan disana ... sabar ye menanti cerita ini...

Jom Backpackers Di Bandung, Indonesia

Oh Bandung ..... I'm coming..Dengan gaya backpackers. Jom kita jalan-jalan di Bandung. Banyak benar yang kami nak ceritakan disini. Selamat membaca.

Sampai juga kami Di Kota Fesyen bersama Suami Isteri yang tersayang...

Kali ini kami nak bercerita tentang jalan-jalan di Bandung pula.... Dengan bajet penerbangan AirAsia pergi balik hanyalah RM 350 sahaja. kami berada di Bandung selama 4 Hari 5 Malam. Dengan duit poket RM2000, itu pun dah jadi jutawan segera dah. hehehe.
 
Jom kenali Bandung. Kalau nak tau , Kota Bandung ialah ibu kota provinsi atau pun Wilayah Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Jadi memandangkan tak lama lagi bulan puasa akan tiba, kami sekeluarga yang ala-ala backpackers pun join sekali nak bershopping di Bandung. Bandung bukan sahaja tempat membeli belah yang terkenal bahkan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia.
Bandung terletak di tengah-tengah provinsi Jawa Barat pada koordinat 107° T and 6° 55’ S. Sebagai ibu kota, lokasinya ini mempunyai nilai-nilai yang strategik kepada daerah-daerah di sekitarnya. Luasnya kota Bandung 16,767 hektar, dengan tingginya ±768 meter di atas min aras laut. Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya yang tingginya ±1050 meter adalah lebih tinggi, berbanding dengan kawasan-kawasan selatan yang tingginya ±675 meter. Bandung dikelilingi oleh pergunungan sehingga merupakan sebuah lembangan. Kawasan Bandung ini memang sejuk sebenarnya. Buah strawberi kesukaan isteri menjadi kudapan istimewa disini. Banyak benar isteriku ini makan strawberi bandung yer.  Siap buat jus strawberi diminun segar-segar gitu.  Yum Yum.

Salah satu agenda kami adalah mendaki Gunung Tangkuban Perahu. Opsss bukan mendaki tetapi menuruni di lereng Gunung Tangkuban Perahu. Kalau datang ke Bandung, tak jejak kaki di Tangkuban Perahu, maknanya tak sah lagi sampai disini. Jadi misi untuk sampai kena juga walaupun macamna pun.

Rupanya Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung berapi yang terdapat di Jawa Barat. Gunung ini disebut Tangkuban Perahu karena bentuknya mirip dengan perahu yang terbalik. Kata “tangkuban`` (bahasa Sunda) bermaksud terbalik. Gunung yang memiliki ketinggian kurang lebih 2.084 meter di atas permukaan laut ini mempunyai berbagai macam kawasan hutan, aitu hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan hutan Ericaceous.

Menurut sejarah, gunung ini pernah meletus pada tahun 1910 dengan kekuatan 2 Skala Richter. Akibat letusan itu terbentuklah banyak kawah yang sering mengeluarkan asap belerang ke dataran rendah yang berada di bawahnya.  Kesannya masih ada sehingga kini. Wow!! kalau sampai sini, korang akan dapat bau belerangnya yang amat kuat disini.



Menurut cerita masyarakat setempat, kalau aku telah di ceritakan oleh Pak Supirku  asal terbentuknya Gunung Tangkuban Perahu berasal dari legenda Sangkuriang, anak seorang wanita cantik yang bernama Dayang Sumbi. Sewaktu kecil Sangkuriang dihalau  oleh ibunya keranatelah membunuh seekor anjing (ayah Sangkuriang yang menjelma/berubah bentuk menjadi anjing). Dayang Sumbi dan Sangkuriang kemudian berpisah selama bertahun-tahun.

Bila  Sangkuriang dewasa, akhirnya mereka bertemu. Pertemuan itu membuat Sangkuriang jatuh cinta dan ingin mengahwini Dayang Sumbi. Namun, Dayang Sumbi menolaknya kerana ia tahu bahawa Sangkuriang adalah anak kandungnya. Untuk menolak permintaan itu, Dayang Sumbi mengajukan syarat untuk dibuatkan perahu dalam waktu semalam. Kerana gagal menyiapkan perahu itu, Sangkuriang marah lalu menendang perahu itu hingga terlempar dan kemudian menjadi sebuah gunung yang mirip dengan perahu terbalik. Begitulah cerita yang di beritahu oleh Pak Supirku. Cerita rakyat Indonesia hampir sama dengan cerita rakyat di Malaysia kan. Maklumlah kita serumpun satu nusantara.

Apa yang istimewanya Gunung Tangkuban Perahu diatas puncaknya mendatar dan memanjang mirip dengan perahu yang terbalik. Bentuk seperti ini jarang terdapat pada gunung-gunung berapi pada umumnya. Selain bentuknya yang unik, gunung ini juga menampakkan keaslian asal dari segi geografinya di lereng gunung tersebut terhampar kebun teh yang sangat luas. Memang sejuklah kat sini. Dah macam di cameron Highland Pahang. Dari puncak gunung ini, aku sekeluarga dapat menikmati indahnya pemandangan alam dan kesejukan udara sambil melihat suasana Kota Bandung dari ketinggian. Indahnya alam ciptaan Allah Yang Maha Pencipta. Subahanallah...

Pak Supir membeitahu untuk turun ke Kawash Domas boleh berjalan kaki dan menggunakan khidmat kuda. Kami sekeluarga memilih untuk berjalan kaki sahaj untuk menuruni ke Kwah Domas. Apabila turun disalah satu kawah gunung berapi yang masih aktif, iaitu Kawah Domas. Di Kawah ini, Kawah Domas berbentuk sebuah kanta cekungan yang mengeluarkan sumber air panas. Memang panas sangat. Pada sumber air panas tersebut, kami sekeluarga tak melepaskan peluang untuk mandian gunung berapi. Bukan lava, tetapi belerang gunung berapi yang dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit.  Masak telur di Kawah Domas memang sangat cepat untuk direbus. Janji pernah rebus telur disini, kalah telur setengah masak dibuat oleh Restoran Mamak di Malaysia hehehe.

Inilah wajah-wajah isteriku yang suka sakan bila bershopping... Oh Isteriku

Bila sebut Bandung, isteriku adalah orang yang pertama yang akan akan aku bayang dengan beg-beg membeli belah yang banyak tak terhingga hehehe. Maklumlah isteriku ini suka bershopping sakan, kena pula di Kota Bandung ini banyak pilihan Factory Outlet dengan kualiti fabriknya yang memang berbaloi untuk dimilikki. Jika diberi pilihan antara Bandung atau Bangkok, baik aku pilih Bandung sebabnya kain-kainnya memang berkualiti lagi murah. Best best... Jom Jalan sayang...
Antara Factory Outlet dan Kompleks membeli Belah Di Bandung... Fuhh Syurga Membeli belah kaum hawa.

ANTARA SENARAI FACTORY OUTLET DI BANDUNG BAGI KAKI SHOPPING :-

DEKAT JALAN SETIABUDI

Rumah Mode - Jalan Setiabudhi 41 F
Rumah Mode Plus - sebelah rumah mode
Lafayette- Jl Setiabudi sebelah Hoka-Hoka Bento
Zenith - Jl Setiabudi 64
Phantasia Barby Gallery - Jl Sersan Bajuri100
FO Store - Jl Setiabudi 73
Natural FO - Jl Setiabudi 43
Linoleum - Jl Sariasih 21
Fiore - Jl Setiabudi 56
Distro House - Jl Setiabudi 41F Lt 2


DEKAT JALAN CIHAMPELAS

Warung Gaul Factor Outlet - Jl Cihampelas 151
Army Look - Jl Cihampelas 135
Galleria - Jl Cihampelas
Kelom Geulis Keng - Jl Cihampelas 205
Parijs Van Java Boutiqe Outlet - Jl Cihampelas
Korek Api Jeans - Jl Cihampelas 168
Fiberbolt, Jl Cihampelas Walk
and many Jeans / Fashion store with competitive prices


JALAN DAGO

Happening - Jl Ir H Juanda 14
Up Town - Jl Ir H Juanda 123
Glamour - Jl Ir H Juanda 108
Blossom - Jl Ir H Juanda 112
Flashy - Jl Dipati Ukur 1
Episode - Jl Ir H Juanda 125 022-2501515
Raffles City - Jl Ir H Juanda 106 022-2502139
Victoria - Jl Ir H Juanda 111 022-2516868
Grande - Jl Ir H Juanda 118
Jetset - Jl Ir H Juanda 116
Level - Jl Ir H Juanda 138
Arena Experience - Jl Ir H Juanda 207
Donatello - Jl Ir H Juanda 104 022-2501167
MM Dago The Nice Shop - Jl Ir H Juanda 81-83
Solution Boutique Outlet - Jl Ir H Juanda 91
Seximo - Jl Ir H Juanda 106
Rich & Famous - Jl. Ir H Juanda
Justine Shoes and Bags - Jalan Ir.Djuanda
DSE - Jl Diponegoro 2


JALAN RIAU

The Secret - Jl Laksmana L RE Martadinata 47
Stamp - Jl Laksmana L RE Martadinata -simpang Banda
Heritage - Jl Laksmana L RE Martadinata
The Summit - Jl Laksmana L RE Martadinata 61
Branded Club - Jl Laksmana L RE Martadinata 55
Terminal Tas - Jl Laksmana L RE Martadinata 32
For Men - Jl Laksmana L RE Martadinata 36
Riau Stock Mall - Jl Laksmana L RE Martadinata 160
Osso Boutique Outlet - Jl Laksmana L RE Martadinata 34
Clover - Jl Laksmana L RE Martadinata 107
Solution Boutique Outlet - Jl Laksmana L RE Martadinata
Renaritti - Jl Laksmana L RE Martadinata 26
China Emporium - Jl Laksmana L RE Martadinata
Oasis - Jl Laksmana L RE Martadinata 57
18th Park - Jl Laksmana L RE Martadinata


LAIN-LAIN TEMPAT YANG BEST UNTUK BERSHOPPING

Herreds - Jl Aceh 64
M & M Sabang - Jalan Sabang
Carvieno - Jl Soka
Bale Anak - Jl. Sumatra
Anakecil - Belakangnya gedung sate
Anakku – Berdekatan Hotel Unik & Hotel Mutiara
Cargo - Jl P Diponegoro 30
EST Gallery - Jl Sumatra 24-30
Air Plane - Jl Aceh 44
Big Price Cut - JL Aceh 66
Merdeka Arcade - Jl Merdeka 35 depan BIP
Banda Boutique Outlet - Jl Banda 25
Rockmen - Jl Purnawarman 51
Cosmic, Jl Trunojoyo No. 23
Black Jack, Jl Trunojoyo No. 19
Arella Big Size
Fabulos (original JERSI)
Toko Tiga (original JEANS)

Fuh tak larat nak menawafkan tentang factory outlet yang ada tu. Janji ada fulus, memang bestlah bershopping sakan. Kalau tak percaya, datanglah ke Bandung.


CERITA TENTANG SAHABAT BASIKAL@ SEPEDA DI BANDUNG....
Akan diceritakan sebentar lagi.. tunggu yaa.. Ok.lah bersambung semula cerita di sepanjang perjalanan di Kota Bandung yang masyur dengan Kota Fesyen ini. Sepanjang perjalanan ini, mata aku terlihat gelagat rakan-rakan komuniti yang minat berbasikal atau bersepeda didalam bahasa Indonesia.
 
Rakan-rakan Basikal atau Sepeda di dalam Bahasa Indonesia yang sempat aku snap gambar didalam perjalanan ini.