Part 2 - Bercuti Di Hat Yai - Songkhla : Laluan Pintu Sempadan Selain Bukit Kayu Hitam

Pintu Sempadan CIQ Durian Burong, Kuala Nerang, Kedah



Sebenarnya di negeri Kedah terdapat pintu sempadan yang baru selain di CIQ Bukit Kayu Hitam. CIQ Durian Burung yang terletak di Daerah Padang Terap yang jaraknya hanyalah 10 km sahaja dari Kuala Nerang. Sempena balik berhari raya di kampung di Kuala Nerang, kamisanasini menggunakan peluang yang ada untuk membuat ekplorasi percutian mengguna kereta buatan Malaysia Alza manual menjajah menjelajah laluan CIQ Durian Burung yang bersempadan dengan Ban Prakob Thailand.

Dari kampungku di Kuala Nerang yang mempunyai sejarah bagaimana mendapat nama. Kuala Nerang dapat dijelaskan berdasarkan dua cerita iaitu maksud Kuala dan Nerang itu sendiri. Kuala ialah Pertembungan dua sungai iaitu Sungai Pedu dan Sungai Ahning manakala Nerang pula bermaksud Kawasan yang merimbun & teduh (kawasan sekitar yang dipenuhi pokok-pokok dan hutan.  Nama Nerang juga diambil sempena nama anak YTM Tuanku Abdul Rahman Putera Al Haj iaitu bapa kemerdekaan yang pernah bertugas sebagai pegawai daerah di sini dan beliau menamakan sebagai Kuala Nerang bersempena nama puteranya iaitu Tunku Ahmad Nerang. Begitulah cerita disebalik nama Kuala Nerang. Sekurang-kurangnya kita tahu asal usul nama tempat Kuala Nerang ini di negeri Kedah Darul Aman.

Abang, nampak tak apa yang ayang nampak??? Cetus isteriku melihat sesuatu...

Bukan nampak muka Paklong nih, tetapi muka kambing Paklong di belakang tu. Dah macam Bos pulak hehe. Gambar ini diambil di persimpangan Masjid Kuala Nerang Ke Pekan Kuala Nerangg. Didalam Perjalanan ke pintu Sempadan CIQ Durian Burung 2 September 2011.
Jarak Kuala Nerang Ke Durian Burong ini mengambil masa 15 minit sahaja atau 10 km sahaja perjalanannya. Jalan pun dah elok sekarang ini.
Jalan Ke Sempadan Durian Burong


Suasana jalan kampung menghala ke sempadan CIQ Durian Burong

Wat Siam di Padang Sanai, Lagi 5km lagi nak ke pintu sempadan Durian Burong



Bila sampai di CIQ macam biasalah, hulurkan passport rasmi Malaysia atau Borderpass di CIQ Durioan Burong. Memang peramah imegresen Malaysia ini.

Pintu Gerbang Sempadan Pintu Pagar Malaysia (Durian Burong) - Thailand (Ban Prakop)

Baru sahaja melepasi dan pemeriksaan passport di imegresen Malaysia

Sudah sampai di Tanah Gajah Putih Thailand. Pintu gerbang depa tak siap lagi.


Inilah CIQ Sementara Thailand di sebelah Ban Prakob. Tak ramai pun. Tapi best sebab cepat urusannya disini.
Sukanya isteriku dapat lepas sempadan Thailand yer. Maklumlah nak bershopping kan.
Urusan Kastam Thailand.
Serahkan passport antarabangsa Malaysia ke imegresen Thailand, selalunya pegawai imegresen akan tanya untuk apa datang ke Thailand. aku dan isteriku cakap untuk leisure / bercuti. Di CIQ Thailand ini, tak perlu nak selitkan RM 1 sebagai duit kopi. hehe selamat duit aku. Apabila selesai urusan penyerahan pasport dan arrival card di pos pertama ( kabin 1), terus sahaja bawa passport, salinan geran kereta, insurans siam ke kabin siam. Siapkan RM 5 atau Thai Bhat 50 bagi urusan pentadbiran pengistharan kastam bagi kereta. Ini bukan duit kopi tau. sehingga lah satu dokumen bertaip bahasa siam diberikan kepada anda.

Inilah dokumen pengistiharan kastam bagi kenderaan. Dokumen ini hendaklah dibawa kemana-mana sahaija menggunakan kenderaan kita bila masuk ke Thailand. Jangan bagi hilang. Lepas dapat dokumen ini, sila tandatangan dokumen ini. Pastikan tandatangan mesti sama bila nak serahkan dokumen ini bila nak balik Malaysia. Jangan Lupa!! Ini peringatan penting, kalau tak tandatangan semasa balik Malaysia, kereta anda dianggap tidak keluar dari Thailand. Denda ikut hari.
Urusan Passport, Pengistiharan kereta di Kastam Thailand pun dah selesai. Jom kita mengembara. Sampai juga ke tanag Gajah Putih ini walaupun aku tak pernah nampak gajah yang berwarna putih pun. Memandangkan kompleks CIQ Thailand Ban Prakob ini pun masih lagi didalam pembinaan, jadi laluan tanah merah sepanjang 200 meter sahaja.


Jalan Tanah Merah lagi... Aduh Kotornya keretaku

Pandangan sisi Kompleks CIQ Thailand yang didalam pembinaan. Nanti dah siap mesti cantik kan.

 Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada..Petikan dari Lagu Pokok - Hazama

50 meter lagi jalan kampung yang bertar.

AWAS !! Laluan Check Point tentera ada disini.

Akhirnya sampai juga simpang tiga ke Ban Prakob Dan Na Thawi, So jom ikut arah Na Thawi menghala ke sebelah kanan dan menuju ke Sadao.


Bukti aku yang memandu kat Thailand bawa kereta sendiri, lagi bebas ke mana sahaja. Terima kasih kepada isteriku menjadi jurugambar yang cantik-cantik sepanjang perjalanan.
Suasana jalan menuju ke Na Thawi. Menghujau lagi, dengan kampung orang melayu islam konservetif
Tulisan Siam dimana-mana sahaja.. Lepas nih abang belajar cakap siam noo.

8 ulasan:

Miez berkata...

tumpang tanya...selain pemeriksaan kastam & imigresen kt kompleks durian burung ni, ada tak pemeriksaan JPJ skali??cos kitorg plan nak konvoi ke hadyai hujung bln april ni...kete telrlebey make up ni takot sket...huhu..& ada tak jalan dari CIQ baru ni ke hadyai...btw nice blog & byk info berguna...

Unknown berkata...

sempoi dan terbaik

GD berkata...

Nak tanya, kenapa perlu bayar RM5 untuk permit import kereta sementara ke Thai (istilah kastam mereka) kalau di sini? Maaf pasal di sini antara 2 pintu sempadan Malaysia-Thai yang saya x pernah lalu lagi. Pasal kalau kat Khuan Don/Wam Prachan (Wang Kelian), Padang Besar, Sadao/Dan Nok (Bukit Kayu Hitam), Buketa (Bukit Bunga), Sungai Go-Lok (Rantau Panjang) & Tak Bai (Pengkalan Kubor) x perlu diminta @ dibayar RM5...

drheart berkata...

Thanks for your detail blog.

May I know more about Ban Prakob/Na Thawi/Songkhla Province please.
Is this a town and is there any activity or hotels to stay etc?

Rajan Baliah Esq
www.wannagonext.blogspot.com
www.lahatdatu.com

drheart berkata...

Thanks for your detail blog.

May I know more about Ban Prakob/Na Thawi/Songkhla Province please.
Is this a town and is there any activity or hotels to stay etc?

Rajan Baliah Esq
www.wannagonext.blogspot.com
www.lahatdatu.com
http://www.protonsuprimashatchback.com

drheart berkata...

May I know more about Ban Prakob/Na Thawi/Songkhla Province please.
Is this a town and is there any activity or hotels to stay etc?

Rajan Baliah Esq
www.wannagonext.blogspot.com
www.lahatdatu.com
http://www.protonsuprimashatchback.com

Unknown berkata...


Salam.. tumpang yea tuan tanah.. kat entri ni kami kongsikan pengalaman kami, ada terangkan bagaimana urusan dan perjalanan melalui sempadan Malaysia-Thailand Bukit Kayu Hitam-Sadao pada bulan Mei 2016. mudah sgt..

https://senangnyanikahdisiam.wordpress.com/2016/06/01/sempadan-malaysia-thailand/

ni pula persediaan sebelum perjalanan, dokumen yang perlu disediakan untuk membawa kenderaan sendiri lintas sempadan.

https://senangnyanikahdisiam.wordpress.com/2016/05/26/persediaan-sebelum-perjalanan-part-1-dokumen-kenderaan/

adrina berkata...

Setau sy, Tunku Nerang dinamakan sempena Kuala Nerang n bkn sebaliknya.

Catat Ulasan