Semangat Merdeka Yang Ke 54 Tahun ... Malaysia Tanah Tumpah Darahku

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera kepada semua peminat blog kamisanasini


SEKUMPULAN remaja mengayuh basikal berhias Jalur Gemilang mengelilingi Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang,Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI



"Keratan dari Utusan Malaysia : Pelbagai cara dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi menunjukkan semangat Hari Merdeka yang bakal disambut pada 31 Ogos ini.Antaranya, menghiasi basikal dengan sejumlah Jalur Gemilang dan mengayuhnya mengelilingi kampung seperti yang dilakukan oleh sekumpulan remaja di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang."

Semangat yang ditunjukan oleh peminat-peminat basikal yang membawa bendera Jalur Gemilang merupakan satu semangat yang patut dicontohi/ Bukan sekadar membawa Bendera Malaysia, bahkan ia merupakan maruah negara pada panji utama negara. Apakah erti kemerdekaan buat anda???


Merdekakah kita kalau : Mereka menjerit. Mereka kibarkan bendera. Mereka bakar bunga api. Bila selesai, balik rumah TIDUR. Jadilah umat yang MERDEKA ialah umat yang bebas dari isme dan pemikiran manusia yang jahil. Jadilah umat yang menyembah 1 Tuhan. 1 Aqidah. 1 Syariat.

Merdeka bukannya terbatas kepada bebas dari penjajahan secara fizikal malah menjangkaui batas pemikiran dan rohani. Sebagai umat Islam, apakah seseorang atau bangsa itu dikira merdeka sekiranya masih mengagungkan sesuatu yang bukan bersumberkan Al Quran dan Hadis. Iaitu baik dari pengaruh barat mahupun terbelenggu dengan anggapan yang sesuatu dari timur itu seharusnya dijadikan ikutan? Segala yang dari barat dikategori sebagai bagus mahupun perkara yang berkaitan dengan sesuatu adat dan ketuanan sesuatu bangsa maka menghalalkan seseorang itu melakukan perkara sewenang-wenangnya? Sehingga menyebabkan seseorang itu menolak kebenaran dan berlaku zalim terhadap orang lain? Fikir-fikirkanlah...

Rasulullah s.a.w berjaya membentuk sebuah masyarakat Islam yang unggul dan menjadi tuan kepada masyarakat-masyarakat yang bukan Islam di sekeliling Madinah, maka mengapa tidak generasi Islam masa kini menjadikannya sebagai neraca untuk membentuk masyarakat yang unggul dan disegani dalam segenap lapangan.

Kedatangan Islam bertujuan membebaskan manusia daripada penjajahan minda dan anggapan. Perhatikan jawapan Ruba’ei bin Umair ketika berhadapan dengan Rustam, panglima perang Rum yang digeruni oleh pihak lawan dan rakan. Rustam telah bertanya kepada Ruba’ei, “Mengapa engkau datang kepada kami?”

Maka jawab Ruba’ei, “Kami datang untuk mengeluarkan manusia daripada menjadi hamba sesama manusia kepada menjadi hamba kepada Allah, dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid dan mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.”

Tatkala manusia tunduk patuh hanya kepada Allah Yang Maha Penciptanya semata-mata, maka ketika itulah seseorang itu memiliki jiwa kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya… Merdekakah kita? Kemerdekaan bukan selamanya milik kita jika kita alpa wahai sahabat.



Wallahualam..