Kembara Basikal 200 Hari Negara ASEAN Bersama Adik Iparku Aiman



Ya betul. itulah tajuk posting untuk hari ini. Aku telah lama merancang untuk mengembara ke dunia ciptaan Illahi ini dengan basikal. segala persiapan dari segi mental dan fizikal dan juga ongkosnya  ( Jangan dilupa pulak) .  Mungkin kerana sukakan membaca buku-buku pengembaraan menjadikan aku teruja untuk mencipta pengalaman adventure ini.

"Kembara Basikal 200 Hari Negara ASEAN Bersama Adik Iparku Aiman" .... Aiman Tak Kisah... hehe bunyi amat sinikal tapi penuh bermakna. Manakan tidaknya , hanya adik ipar sahaja yang akan bersama-sama dengan ku untuk merentas negara ASEAN ini dengan jentera berkuasakan kayuhan pedal. Isteriku?? hehe cukuplah sekadar memberi sokongan moral yang membara bagi menjayakan projek ini. Walaupun ramai orang kita telah pun mencipta kejayaan yang lebih besar dari ini, seperti Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman didalam bukunya " Cabaran Berbasikal mengelilingi Dunia" dan juga Zahariz vs 9000km. Cycling across the great Asia Continent! (http://zahariz.wordpress.com). di saat aku menulis ini, saudara zahariz masih berada di Kazakhstan. apa ceritanya dia nih sekarang yer). Sekurang-kurangnya aku dan adik iparku mencipta yang baru di dalam projek dunia kembara basikal dikalangan keluargaku.

BILA NAK MULA PROJEK????

Aku dah agak dah, pasti ramai yang tertanya-tanya bilalah projek kami ini akan bermula.. Insyallah kalau ikutkan hati memang nak bergerak sekarang jer. Kalau tiada aral melintang dalam perancangan awal bulan Februari 2012, projek ini akan berjalan dan berakir pada bulan Mei 2012. Buat masa ini, latihan kayuhan di sekitar FRIM, Putrajaya dan sekitar Sungai Buluh setiap minggu akan diteruskan bagi mendapat ketahanan badan (Fitness) yang baik.

(Foto bersama Isteriku di Hatyai , Songkhla.. Tengah riki-riki jalan disana)

Setiap akhir bulan, kami akan bertolak ke Bukit Kayu Hitam melepasi sempadan negara untuk ke Hat Yai dan Songkhla . Berbasikal dari Sempadan Bukit Kayu Hitam ke Hat Yai adalah pemanas badan. Kenapa di Hat Yai??? Negara Gajah Putih ini adalah syurga kepada pengembara basikal dunia. Banyak tempat yang akan diekplorasi dengan berbasikal. Kalau tak percaya, cubalah kembara disini. pasti anda akan rasa terpegun dan teruja.

Rasa macam menarik sahaja untuk aku merekodkan segala aktiviti dan kos sebagai perkongsian maklumat diantara peminat kembara basikal (Bicycle Touring) di Malaysia. Insyallah... kalau berjaya, inilah pengalaman ku untuk anda semua... Oklah berhenti menaip seketika, sebelum merancang plan perjalanan nanti. oklah selamat membaca travelog ku ini.