Handlebar Butterfly / trekking atau dikenali sebagai handle touring.

Mungkin ramai yang tidak pernah melihat handlebar ini di negara kita Malaysia. Handlebar butterfly jenis amat popular dikalangan kembara berbasikal (Cyclist Tourist)  dari Negara Eropah khususnya dari Belanda dan Jerman. Handlebar jenis ini mempunyai fungsi yang pelbagai bagi perjalanan jarak jauh. Handlbar Butterfly ini juga membolehkan kembara berbasikal dapat menggunakan kawalan sepenuhnya didalam 4 posisi .



Kebanyakkan basikal touring akan mempunyai rak untuk beban peralatan dari beg-beg pannier yang kalis air. Beban  yang dibawa oleh cyclist akan memberi impak dan memerlukan kawalan handle yang baik. Antara jenama basikal yang direka untuk touring (Kembara) antaranya seperti jenama Koga Miyata dan Surly. Handlebar ini juga telah siap dipasang dengan handle butterfly.

Koga Miyata-Roadrunner


surly long haul trucker
Tiga minggu lepas, saya telah menempah sebuah handlebar jenis butterfly yang berjenama Truatativ | SRAM untuk dipasang kepada jentera kesayangan saya.  Akhirnya sampai juga untuk diujikawal handle bar ini dari syurga basikal, Belanda (Netherlands).Tak sabar rasanya saya ingin memasang Handlebar Butterfly ini dan merasai kawalan 4 posisi kawalan yang boleh dilakukan oleh handlebar ini.






p/s:  Akan dikemaskini lagi dengan cara-cara dan pelarasan pemasangan handlebar ini.. Selamat membaca...(24/3/2011)