Part 5 - Bercuti Di Hat Yai - Songkhla :Apa yang menarik di Songkhla??

Perjalanan seterusnya kami ke Songkhla didalam bahasa Thainya ataupun dahulunya sebagai Singgora yang merupakan  adalah sebuah bandar di Thailand berhampiran dengan sempadan Semenanjung Malaysia. Dalam tahun 2006, bandar Songkhla mempunyai 75,048 orang penduduk. Songkhla juga dikenali sebagai "Singgora" ataupun “Kota Singa” khususnya di kalangan negara-negara barat sebelum Perang Dunia Kedua. Ingatkan Singapura sahaja jadi Kota Singa, Songkhla juga dapat nama Kota Singa. Perjanlanan kami dari Hat Yai ke Songkhla jaraknya adalah 30km.
Tanda jalan mengikut laluan lebuhraya tidak bertol no 407 ke Songkhla .

Apa yang menarik perhatian kamisanasini ke sana adalah Songkhla adalah wilayah yang sangat cantik untuk dijelajah bersama-sama keluarga. Berlibur dengan bajet yang rendah tapi dengan impak maksima. Walaupun Songkhla lebih kecil berbanding dengan bandar Hat Yai, Songkhla adalah bandar wilayah untuk Wilayah Songkhla dan juga Wilayah Perbandaran Songkhla (Amphoe Mueang Songkhla kalau tak silap aku dalam bahasa siam).
Lensa Kameraku melihat anak-anak sekolah menaiki pengangkutan ke Sekolah. Kalau di Malaysia, confim memang tak bagi naik kenderaan macam ini kan. Fear Factor tu !

Songkhla terletak di muara tasik Songkhla yang menghubungkan tasik itu dengan Teluk Siam. Memang besar sangat dan luas sangat tasik Songkhla ini. Ingatkan laut, rupanya tasiklah. Bandar Songkhla adalah bandar pelabuhan dan pusat perikanan yang penting di Thailand, dan membekalkan banyak tangkapannya kepada pembeli-pembeli di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Rasanya ikan yang kita makan tu mungkin datangnya dari sana kan.
Antara Masjid yang terus mengimarahkan sinar Islam di Songkhla. Berhampiran Dengan Samila Beach, Songkhla.

Songkhla, satu dari pelabuhan penting Thailand dan wilayahnya dengan sumber lautnya, berlokasi 950 km dari Bangkok. Kawasan melingkupi  seluas 7393 km persegi di bahagian Timur semenanjung Malaysia, wilayah ini dibersempadankan dengan Malaysia di negeri Kedah dan Perlis Malaysia di Selatannya dan Semenanjung Thailand di bahagian Timur. Sebagai tambahan, Songkhla beradansem dengan wilayah Nakhon Si Thammarat dan Phatthalung di Utara, wilayah Yala dan Pattani di Selatan, dan wilayah Satun dan Phattalung di bahagian Barat. kalau mengikut sejarah kawasan Hatyai, Sokhla, Pattani dan Satun merupakan kawasan Tanah Melayu. Terpisah kerana perjanjian Inngeris -siam.
Eh ada ekorlah. Ekor apa ini? Jom kita cari mana badannya dan kepalanya?  Di Samila Beach, Songkhla

Isteriku dan Mat Siam yang dok baca buku.

Alamak! aku tak fahamlah bahasa Siam. Lepas ni boleh belajar lagi.

Aku suka dengan kata-kata hikmah pada monumen ini. Sekitar pantai Samila Beach terdapat banyak universiti di sekitar Songkhla rupanya. Sebab itu monumen berunsurkan keilmuan dan pendidikan dibangunkan disini. Baru aku faham.
Perjanjian Inggeris-Siam 1909 dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909. Perjanjian ini diadakan di Istana Raja Thailand di Bangkok yang diusahakan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir John Anderson.
Itu pulau Tikus dan Pulau Kucing. Dan yang model dok berdiri itu, adalah isteriku. hehehe

Monumen Samila Beach


Antara monumen kreatif di Pantai Samila
Mercu Tanda Songkhla
Say Cheese... Depan Monumen Songkhla di Samila Beach
Sejarah Songkhla
Meaow meow di depan patung kucing dan tikus. Kucing dan tikus mungkin kawan baik kut.
Britain tidak dapat bertangguh lagi untuk menguasai seluruh Tanah Melayu kerana negeri-negeri ini kaya dengan biji timah dan sesuai ditanam dengan getah. Tambahan pula negeri-negeri Melayu ini amat sesuai disatukan kerana mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu sama dari segi bahasa, agama, bangsa, cara hidup, kebudayaan dan lain-lain.

Untuk mempengaruhi Siam agar bersetuju untuk berunding, Inggeris dan Perancis telah bersedia menamatkan hak wilayah asing yang diperolehi sejak tahun 1855 dan 1856. Siam sedar bahawa Inggeris begitu serius terhadap perkara mengenai Negeri-negeri Melayu Utara lalu bersetuju untuk mengadakan perundingan. Rundingan telah diadakan dan akhirnya Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada 9 Julai 1909. Maka terpisahlah Hat Yai, Satun, Pattani, Yala , Satun kepada Negara Siam. Begitulah nasib Tanah Melayu yang dijajah oleh penjajah....Jadi apa yang kita dapat kesan-kesan perjanjian. Maka Negeri-negeri Melayu Utara berpindah tangan dari Siam kepada Inggeris dan negeri-negeri itu menerima seorang Penasihat British yang tugasnya seperti Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Seterusnya Penasihat British dilantik untuk berkhidmat di Perlis, Kelantan dan Kedah. Terengganu menerima Penasihat Inggeris pada tahun 1919. Bahkan Perjanjian ini telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu seperti mana kita dapat hari ini. Perjanjian ini menjamin Inggeris agar dapat menjalankan dasar monopoli perdagangannya di Semenanjung Tanah Melayu. Sudahlah hasil mahsul Tanah Melayu sudah dibolot oleh British dulu.. Kita sudah mendapat kesan pecah dan perintah amalam penjajah British sehinggalah kita mendapat Kemerdekaan. Itu bab sejarah yang dapat aku olahkan apabila melawat ke Songkhla.

akan bersambung lagi cerita pada 10 September 2011..TERIMA KASIH KERANA MENUNGGU.

Part 4 - Bercuti Di Hat Yai - Songkhla :Cari-cari tempat Makanan Islam Hat Yai

Sepanjang 3 hari mengembara dan menjelajah di sekitar Hat Yai . tidak susah untuk mencari makanan muslim atau makanan halal di Hatyai.  t.

Di mana-mana jalan atau lorong mungkin terdapat sebuah dua gerai atau kedai, cuma kita perlu melihat samada tulisan jawi atau kalimah alquran yang dipaparkan. Ini penting kerana mereka bertutur dalam bahasa yang sama, bahasa Thai dan sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa lain. Jika bbertutur pun di dalam bahasa Melayu dialek kelate. Kira boleh kecek sikit-sikit hambo nih. hehehe


Jika anda seorang muslim, tentunya persoalan pemakanan merupakan topik yang sangat penting sehari-hari lagi-lagi apabila berkaitan dengan halal dan haram. Sudah menjadi lumrah, seorang muslim akan senantiasa mencari makanan yang halal dan daripada sumber yang halal kerana itulah ajaran yang di sampaikan oleh Rasulullah saw. kepada kita. Bahkan kadang-kadang pantang untuk kita melihat makanan atau minuman yang haram hinggakan sesetemgah mungkin akan loya tekak atau merasa kurang senang apabila ternampak kedai atau makanan yang tidak halal. Mencari makanan yang halal adalah WAJIB. Jadi didialam coretan pengembaraan ini, aku coretkan sepanjang berada di Hat Yai dan Songkhla Thailand.


Selain itu, kita juga boleh kalimat dan paparan ‘halal’, lihat juga wanitanya. Kebanyakannya wanita di sini bertudung walaupun ramai juga muslimah yang tidak memakainya.

Yang pelik juga, muslim disini tidak memperaktikkan ungkapan salam “assalamualaikum’, sebaliknya ‘sawadeekap’ yang sering diucapkan apabila bertemu. Mereka juga kurang fasih berbahasa Melayu, hanya beberapa ungkapan yang boleh dituturkan. Begitupun, ada juga yang bercakap dengan fasih dengan dialeknya sedikit kepada dialek Kelantan. Begitu kuatnya semangat kesiaman yang diamalkan oleh negara Thailand.

Bagi aku, masakan mereka lebih enak terutama jenis yang kita dapati pada masakan Siam di Negara kita seperti Tomyam dan sebagainya. Ia lebih terasa kerana inilah masakan dan makanan mereka. Makanan  ulam-ulaman menjadi santapan perut kami berdua. kenyang sangat!! Maklumlah aku ini peminat makanan yang sedap-sedap. hehehe. Antara makanan yang menjadi santapan aku adalah kerabu mangga yang ditambah gajus dan kekacang. Best sangat.



Banyak pilihan semasa mencari makanan halal disini. Anda juga boleh memilih untuk memakan di kedai atau restoran. Ataupun gerai-gerai di tepi jalan dan dikaki lima. Masalah disini ialah gerai di tepi jalan dan di kaki-kakilima. Terpulanglah kepada kita menilainya samada makanannya bersih atau sebaliknya. Anda buatlah pilihan yang terbaik. Yang penting halal.

Sesuatu yang berlainan disini adalah hubungan antara peniaga, pelanggan dan penduduknya begitu ramah dan mesra. Mereka juga kelihatan santai sehingga ada gerai-gerai yang mempunyai tempat pembaringan. Wajah-wajah peniaga yang comel loteh membuat isteriku pun cemburu dengan kelembutan dan keramahan para peniaga menarik pelanggan membeli makanan. "Jangan marah ye sayang..." hehehe. Begitulah tarikan di Hat Yai yang dikenali sebagai Bandar Bidadari atau city of angels.

Berikut adalah lokasi GPS yang dapat aku simpan buat panduan kepada semua pengembara:


1. Kedai makanan muslim Orcha berhadapan dengan Hotel Kings, Jalan Nipatuthit 1, Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand.   Lokasi GPS (N7.003464,E100.469718)
  2. Restoran Sulaiman Di Belakang Hotel Kings. Jalan Nipatuthit 2 , Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand Lokasi GPS (N7.003602,  E100.470389)


3. Restoran Sumatra di Jalan Ratthakan, Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand . Bersebelahan Masjid berdekatan dengan Pasar Basah dan Kering. Berdekatan dengan Clock Tower. Banyak barang boleh dibeli disini dengan harga yang murah. Lokasi GPS (N7.009717,E100.467672)

4. Restoran Hamid memang terkenal. Berhampiran dengan bangunan Lee Garden Plaza . Lokasi GPS (N7.004955,E100.471601)

5.Restoran Rasef Seafood berhadapan Hatyai Hakka Assoc. Lokasi GPS (N7.003695,E100.472851)
Sebenarnya kesemua tempat makanan halal yang aku telah nyatakan adalah berhampiran sahaja. Boleh Jalan kaki selepas bershopping di sekitar Lee Plaza Garden. Hotel yang kami duduki pun dekat sangat. Kira boleh jalan kaki sahaja. Terpulang pada anda semua...  Semoga mendapat manfaat lokasi makanan halal yang kami sediakan. Terima kasih


View Tempat Makanan Halal Di Hat Yai Thailand in a larger map