(babak 2) Persediaan Kembara Malam Ke KL-Kuala Selangor

Tepat 12.30 tengah malam , perjalanan kayuhan ke Kuala Selangor pun bermula. Setelah persediaan dibuat dengan rapi. Lampu dan vest reflector adalah wajib didalam kembara kayuhan malam. Rasanya inilah touring dibuat pada malam hari, satu pengalaman yang menarik dengan suasana gelap dan dijalan laluan yang sunyi. Macam-macam yang bermain didalam fikiran aku. Arghhh pedulikan . yang penting kayuh tetap kayuh. Janji sampai walaupun lambat sampai.
Dah macam Gaban dah adik ku ini.
Perjalanan ke Kuala Selangor bermula dari Kuala Lumpur yang jarak jauh nya 68KM meredah kegelapan malam . Memang mencabar minda. Memang mental kalau tak tahan sabar. Kayuh biar konsisten. Bukan nak berlumba. Ambil angin malam dengan cara yang berlainan. Soal risiko dan keselamatan merupakan keutamaan kami semua. Fuhh.. Dengan laluan utama lori yang banyak dan anjing-anjing liar pada waktu malam, memang merisaukan kami semua. Sepanjang laluan selepas Penjara Sungai Buluh, meupakan kawasan  tak dijangka, apa yang kami lalui sememangnya mencabar minda. Walaupun nyaris diganggu unsur mistik.
Vest reflector dipasang pada jentera.


Ya.. Unsur mistik. nak percaya atau tak, kami sahaja yang dapat rasakan sepanjang kayuhan 5 jam ke jalan Kuala Selangor ini.  Bau kapur barus, 2 lembaga , Bunyi memanggil-memanggil nama kami bila  melalui kawasan jirat cina dan kubur India berhampiran Kota Puteri.
Pasukan pengayuh bersedia untuk bergerak tuan!!
Dikejar anjing liar yang berkeliaran pada waktu malam, banyak mengugat kayuhan ini. Mana tidaknya, kayuhan bertambah laju bila dikejar anjing. Apalagi, kayuh oun makin laju. Fuh.. Rasanya 2 kali kena sergah dek ajing yang tak cukup sivik langsung.. Memang tak ingat langsung bila kayuh deras-deras. Berderau darah.

Gelagat Pak Metua ku yang kehairanan melihat jenteraku untuk sampai ke Kuala Selangor...Heran..Heran

Ini macam punya basikal, larat ke bawa barang-barang dalam beg pannier??

Pak Mertuaku..oh Pak Mertuaku. Jom Kayuh

Ayaq bagi lebih sikit.. Dahaga nanti sumbat je botol kat mulut naa



Abg Omm ambik gambar jentera siapa tu?

Lip Lap Lip Lap bila disuluh lampu.... hehe

Berhenti sekejap di Petronas Sungai Buluh
Ambil gambar dulu. Bukti touring malam-malam


Sambungan Kembara Dari Selayang Ke Kuala Selangor Nite Ride

(Babak 3) Pengalaman kayuh ke Kuala Selangor. Memang MENTAL!

Memang Mental dibuatnya perjalanan dari Selayang ke Kuala Selangor bila touring malam-malam. Banyak yang tak disangka pasti terjumpa juga... Apa yang kami terseremak pada malam hari di jalanraya laluan dari Sungai Buloh ke Kuala Selangor??? tunggu sahaja cerita kami yang belum sempat kami ceritakan.. tunggu yaa














(Babak 1) Tranformasi Basikal Autobot Untuk Kembara Malam

Akhirnya basikal mountain bike aku bertukar rupa menjadi basikal autobot versi kembara malam. Perghhh macam bumblebee jer basikal aku nih. Kalau betul-betul macam bumblebee, mesti terkejut aku touring dengan robot basikal ni. Oklah malam ini (8 April 2011), aku , adik ipar aku dan rakan sekembaraakan melaksanakan latihan kembar 200 km pada waktu malam. Ini memastikan ketahanan mental dan kekuatan fizikal setiap jalan yang akan diambil.

 langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan memakai baju reflector dan lampu berdefinis tinggi yang boleh dilihat dengan jarak 100 meter. Cermin basikal juga telah dipasang pada setiap basikal untuk melihat sebarang aktiviti dibelakang rider. Almaklumlah kita kan berkongsi jalan dengan kenderaan berenjin kuasa kuda, kita hanya berkuasakan kayuhan pedal. jauh bezanya tu.
 Bekalan makanan seperti bar tenaga, coklat dibawa sekali. tidak dilupa juga air. banyak juga air yang aku bawa. Tayar dan tiub juga dibawa sekali sekiranya berlaku sebarang perkara yang tak diundang. GPS juga dipasang untuk trekking kepada pasukan bantuan.
Rasanya itu sahaja untuk aku taip hari ini, ikuti setiap babak didalam pengalaman touring malam. Malam ini dah mula touring... SELAMAT BERTOURING. SEMOGA SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN ISTERIKU TERSAYANG... DAN JUGA KELUARGAKU.. :)

Tangkap Muat Di Hutan FRIM

Bersama Alya, Isteriku dan aku di hadapan Masjid Jamek FRIM

Beg Kembara Basikal ( Pannier Bag For Bicycle) yang mana satu pilihan mu?

Altura

Arkel

Avenir

Axiom Performance Gear

Brompton

Brooks England

Bruce Gordon

Carradice

Crosso

Delta

Detours

Deuter

Inertia Designs

Jandd

Lone Peak

Madden

Mainstream MSX

Mountain Equipment Co-Op

Nashbar

Novara

Ortlieb

Pacific Outdoor Equipment Co-Op

Panpack

Radical Design

Rixen & Kaul
Robert Beckman Designs

Topeak

 
Ini antara beg yang digunapakai oleh kami semasa touring. Beg Topeak Panner Bag ini memang kalis air, setakat ini masih digunalagi. Saiz 7 liter. oklah untuk mengembara disana sini.


TransIt

Trek

Two Wheel Gear

Vaude


Pilihan kami: Kami memilih beg pannier jenama Ortlieb . Tahan lasak, memang sudah digunakan meluas di negara Eropah. Jadi yang mana satu idaman anda? Pastikan ia adalah tahan lasak mengikut kesuaian kembara anda. Alah membeli menang memakai. SELAMAT MENGEMBARA.