Part 1 - Bercuti Di Hat Yai - Songkhla : Persiapan Membawa Kereta Ke Thailand

Kamisanasini merancang untuk bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 54 di Hat Yai dan Songkhla. Sebenarnya kami ingin  berkongsi maklumat yang cukup penting ini pada sesiapa yang mahu membawa kereta masuk ke Thailand. Kalau yang biasa memandu masuk ke negara lain sudah pasti tahu prosedur ini. Tetapi setiap negara ianya mungkin ada perbezaan tetapi tidak terlalu ketara prosedur yang dikenakan.

Pertama sekali sesiapa yang mahu membawa masuk kereta ke Thailand perlu membawa geran kereta. Kalau kereta masih lagi tidak habis bayaran pinjamannya, pergi sahaja di bank. Buat surat dan bawa ke bank yang anda buat pinjaman  yang mengatakan kita mahu meminjam geran kereta kita untuk memasuki Thailand. Bayaran yang dikenakan RM20  untuk meminjam geran tersebut. Tapi kami buat surat terus sahaja bank bagi terus geran kereta. Lega. dapat juga geran kereta didalam tangan kan. Semasa membuat surat permohonan untuk meminjam atau mengambil geran kereta, nyatakan masa kita mahu ke Thailand dan berapa lama mahu meminjam geran tersebut. Geran ini penting untuk membuat insuran dan mendapatkan surat kebenaran membawa masuk kereta ke Thailand.

SENARAI SEMAK DOKUMEN / KEPERLUAN UNTUK MEMBAWA KENDERAAN KE THAILAND. AMAT PENTING!!!

  1. Passport Malaysia / Border Pass bagi warga Perlis, Kedah, Kelantan
  2. White Card atau Arrival Card Thailand (RM 2.00) . Kad ini boleh diminta beli  semasa membuat insurans kereta.
  3. Insurans Thailand. Harga insurans kereta untuk 9 Hari adalah RM 25
  4. Geran Kereta Asal / Salinan Geran ( Kalau boleh Fotostat 10 helai, sebabnya kalau ada roadblock dari Polis Thai atau JPJ Thai, Kastam Thai akan minta salinan fotostat, jadi bagi sahaja ).
  5. Semestinya Kereta ler.. Kalau takda kereta macamna nak memandu ke Siam kan. hehehe
  6. Isi minyak penuh satu tangki sebab harga minyak selitar di Thailand 2 kali ganda dari harga minyak di Malaysia. Kalau tak isi penuh-penuh, alamatnya minum minyaklah kita yer.  
  7. Garmin GPS yang sudah ditagging tempat-tempat yang menarik di Hat Yai dan Songkhla. Dengan adanya GPS model Garmin ni, banyak membantu aku berjimat cermat. Bila kita sesat dijalanan, maka kos minyak juga terlibat. Jadi jom lah berjimat dengan bercuti sambil berjimat. 
  8. Duit kopi (kira rasuah le nih) untuk imegresen Thai RM 1 @ RM 2. Selitkan didalam passport.

TUKAR DUIT RINGGIT MALAYSIA KE THAI BHAT DI CHANGLUN, KEDAH
Tukar duit Ringgit Malaysia ke Thai Bhat, tempat yang selalu aku pergi di kedai ini sebabnya Kedai Makan ini di Pekan Changlun menghala ke Sempadan di sebelah kiri jalan. Kedai Makan Lima & Lima merangkap Money Exchange ini ambil tukaran duit tak merugikan aku. Tukar RM 100 dapat Thai Bhat 995. Kalau di tempat lain Thai Bhat 985. Jauh beza tu, rugi 1.50. Duit siam masa tu tengah naik. jadi nilainya pun hampir sama dengan Ringgit Malaysia.

Lokasi GPS : N6.435635,E100.428908



 BUAT INSURANS SIAM / THAILAND 
Bila nak buat Insurans Kereta Siam , dokumen yang perlu dibawa adalah geran kereta yang asal atau salinan geran kereta. Tempat yang biasa aku buat insurans kereta siam ini berada di Changlun, bersebelahan dengan Pejabat Pertubuhan Peladang Changlun. Jika anda dari Alor Star menghala ke Bukit Kayu Hitam, disebelah kiri sahaja kedai insurans ini.





 

 MINYAK SIAM MAHAL!! ISI MINYAK DULU DI MALAYSIA SEBELUM KE SIAM
Minyak Isi minyak penuh satu tangki sebab harga minyak selitar di Thailand 2 kali ganda dari harga minyak di Malaysia. Kalau tak isi penuh-penuh, alamatnya minum minyaklah kita yer. Kalau terpaksa juga isi minyak di Siam, jangan pula terkeliru dengan terma-terma disana. Selalunya bila kita isi minyak di Thailand, orang Thai disana akan bertanya Benzin atau gasoline? Kalau dok fikir pula macam nak isi minyak tanah pulak. Jangan silap isi, nanti naya pulak kereta. Jadi pilihlah petrol atau Benzin ye. Lain negara , lain pula terma minyak yang digunakan. Kalau sesiapa yang nak mengembara menggunaka kereta, baik rujuk terma-terma di web ini. 

  
Oklah Semua persediaan sudah dibuat, jadi jomlah mengembara sambil melancong di Hat Yai Dan Songkhla. Tapi kali ini, kami tidak ikut Kompleks (Custom, Imegresen Quarantine) CIQ Di Pintu Sempadan Bukit Kayu Hitam yang selalu sibuk dan ramai yang melalui pintu sempadan ini., sebaliknya menggunakan CIQ Sempadan Durian Burung, Kuala Nerang Kedah. Kompleks CIQ Durian Burung ini baru sahaja dibuka dengan fasilitinya lengkap. Cuma kompleks di sebelah Thailand masih lagi didalam pembinaan. Jom ikut pengembaraan menggunakan jalan baru di CIQ Durian Burung, Kuala Nerang melalui Ban Prakop menghubungkan Na Thawi Thailand.Jarak antara CIQ Bukit Kayu Hitam Ke Durian Burung hanyalah 40 km sahaja. Cuma yang membezakan, hanyalah urusan CIQ di Durian Burung ini tidaklah sesibuk di CIQ Bukit Kayu Hitam.

Waktu Buka CIQ Bukit Kayu Hitam, Jitra  6.00 pagi hingga 12 Malam
Waktu Buka CIQ Durian Burung, Kuala Nerang 8.00 pagi hingga 6 Petang

Lokasi GPS CIQ Durian Burung : 6.469516,100.708523

13 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih , maklumat anda benar benar membantu saya especially pinjam geran dari bank. dan lokasi buat insurans

Cuma tak berapa selesa dengan tips anda no 8 tu , agak terang terang terpapar perkataan "rasuah"

Tak adil utk pasukan polis thai , bukan apa dahulu kita pernah marah kat singaporean pasal blog yang mengatakan petugas kerajaan kita terima rasuah disempadan , tup tup kita tulis yang sama pasal thailand pula.

iedaiar berkata...

interesting.. dgn kereta ke thailand,
tapi camane kalau kereta sewa or kereta yang bukan nama sendiri @ kereta kawan pinjam? geran mmg ade la kan,boleh ke masuk ke thailand tanpa sebarang masalah? kang tak pasal2 suspect kereta curi pulak kang..
info sgt di perlukan ..
terima kasih kiranya sudi memberi info.

iedabercitera@gmail.com
iedaiar.blogspot.com

lina berkata...

kalau nak bawa masuk kereta pinjam sila bawa
1. photostate geran updated (LATEST)
2. surat kebenaran dari pemilik - isi surat membenarkan pemandu (kena state nama dan ic) dan di tanda tangani oleh pemilik. pastikan geran yg diphotostate di sain oleh pemilik jadi tanda tangan di surat kebenaran dan geran adalah sama.

Uncle Dyn berkata...

dulu dlm akhir thn 2010 sy pnah lawat hatyai ngan kereta ayah msk ikut sempadan padang besar. procedurenya xdela ssh & ketat sgt bila da tahu. kena ada salinan geran kereta tp xde tandatgn pemunya kereta tu pon. insuran kereta thailand bleh beli dkt pdg bsr tu. surat kebenran ni kdi tu bole btkan bayar rm10 je. xyah ssh2 nk bt sndiri klu xtahu. diorg da th camne format n tulis apa ap. insuran tu btul la kata tuan punya blog rm25 gitu. tp dia x cover klu jd xcident kat thailand. so sndiri mau ingt la.
Oh ya surat kebenaran pnjm kereta tu sy sign sndiri, pemunya kereta tu jauh kat kl kot. surat tu br kat balai polis dpn kdi insuran tu je. satg polis nk tandatgn surat tu dia ceramah la kami kunun nk menakutkan kami ada kejadian x diingini berlaku la itula inila. tp last2 dpt jg haha. pastu pelg jln la msk hatyai xde plak sesapa check surat kebenaran tu, lucky la coz xde jpj kat checkpoint. imegresen thailand xdela strict. sng je msk smpi sempadan sana diorg wat bodo xde check apa2 smpi kami tertanya2 sndirian, ai xde sesapa nk check ke atau guide kaki pi cop paspot ke apa. bleh trus msk gitu je. kami ikut gps papago. ikut jela smpi kami da takut2 apsal lalu kwsn kpg pedalaman semua mata tgk kereta kami. rupanya gps set jln alternatif haha. last2 smpi jg hotel hatyai..

awang berkata...

askm...blh bg contoh surat memohon geran kereta dari bank..saya ada planning nak pergi Thailand menggunakan kereta sendiri.

Unknown berkata...

kalau raya puasa pergi hatyai.kedai muslim tu bukak ke?dlm raya ke 3/4 mcm tu la

tour ke hatyai berkata...

salam,kalau saya daripada arah alor star kat mana na buat insuran n roadtax kreta thailand tu??

Unknown berkata...

kat pekan changloon banyak ada signboard tulis insuran thai byk kedai kat situ.

Unknown berkata...

assalam...nak tanya...kalau kita bawa tong minyak spare pergi ke hatyai bole ke?pasal macam u all cakap minyak sana mahal...kalau 10liter bole ke bwk?

Unknown berkata...

bagaimana dengan lesen memandu? adakah perlukan lesen memandu antarabangsa?

Unknown berkata...

http://nikah-di-thai-siam.blogspot.com/

nurmasmaju berkata...

Insurans kereta motosikal van ke Thailand

http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

Unknown berkata...

Nak tanye pergi time raya kedai jualan n makanan halal di sana banyak buka x.

Catat Ulasan