Video panduan keselamatan bagi pengguna berbasikal.

Pagi Ahad( 26 Mac 2011) yang lepas, saya ada terbaca berkaitan dengan berita kemalangan yang menimpa salah seorang penunggang berbasikal En Yeoh di laluan Maju Express menghala ke Putrajaya. Maklumat kemalangan telah dibaca dari laman web ondscene (http://ondscene.my/kemalangan/malang-seorang-pelumba-basikal) . Takziah kepada keluarga En. Yeoh, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Sila lihat gambar di  ondscene



Saya juga selalu menggunakan laluan ini sebagai laluan berbasikal saya setiap hujung minggu. Pada hemat saya, keselamatan para penunggang basikal perlu didtitik beratkan . Sepanjang pengalaman saya menggunakan laluan ini, kereta dilaluan ini selalunya memandu dengan laju. Amat berbahaya kepada penungga basikal yang menggunakan laluan ini. Mungkin ada cara lain untuk meningkatkan keselamatan untuk para penunggang basikal oleh dilihat dari jauh ( be visible) dari jarak jauh oleh pemandu bermotor???? jika ada mohon untuk respond blog saya ini.

Video ini saya kongsikan bersama para pembaca bagi keperluan panduan keselamatan berbasikal. Ia juga  merupakan panduan keselamatan berbasikal kepada semua pengguna basikal. Sebagai penggna basikal yang berkongsi jalan raya dengan pengguna bermotor khususnya di Malaysia, banyak maklumat boleh dijadikan panduan semasa berbasikal. Utamakan keselamatan anda. Selamat bertouring...

 

Nota: UTAMAKAN KESELAMATAN....