(Babak 1) Tranformasi Basikal Autobot Untuk Kembara Malam

Akhirnya basikal mountain bike aku bertukar rupa menjadi basikal autobot versi kembara malam. Perghhh macam bumblebee jer basikal aku nih. Kalau betul-betul macam bumblebee, mesti terkejut aku touring dengan robot basikal ni. Oklah malam ini (8 April 2011), aku , adik ipar aku dan rakan sekembaraakan melaksanakan latihan kembar 200 km pada waktu malam. Ini memastikan ketahanan mental dan kekuatan fizikal setiap jalan yang akan diambil.

 langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan memakai baju reflector dan lampu berdefinis tinggi yang boleh dilihat dengan jarak 100 meter. Cermin basikal juga telah dipasang pada setiap basikal untuk melihat sebarang aktiviti dibelakang rider. Almaklumlah kita kan berkongsi jalan dengan kenderaan berenjin kuasa kuda, kita hanya berkuasakan kayuhan pedal. jauh bezanya tu.
 Bekalan makanan seperti bar tenaga, coklat dibawa sekali. tidak dilupa juga air. banyak juga air yang aku bawa. Tayar dan tiub juga dibawa sekali sekiranya berlaku sebarang perkara yang tak diundang. GPS juga dipasang untuk trekking kepada pasukan bantuan.
Rasanya itu sahaja untuk aku taip hari ini, ikuti setiap babak didalam pengalaman touring malam. Malam ini dah mula touring... SELAMAT BERTOURING. SEMOGA SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN ISTERIKU TERSAYANG... DAN JUGA KELUARGAKU.. :)