Part 5 - Bercuti Di Hat Yai - Songkhla :Apa yang menarik di Songkhla??

Perjalanan seterusnya kami ke Songkhla didalam bahasa Thainya ataupun dahulunya sebagai Singgora yang merupakan  adalah sebuah bandar di Thailand berhampiran dengan sempadan Semenanjung Malaysia. Dalam tahun 2006, bandar Songkhla mempunyai 75,048 orang penduduk. Songkhla juga dikenali sebagai "Singgora" ataupun “Kota Singa” khususnya di kalangan negara-negara barat sebelum Perang Dunia Kedua. Ingatkan Singapura sahaja jadi Kota Singa, Songkhla juga dapat nama Kota Singa. Perjanlanan kami dari Hat Yai ke Songkhla jaraknya adalah 30km.
Tanda jalan mengikut laluan lebuhraya tidak bertol no 407 ke Songkhla .

Apa yang menarik perhatian kamisanasini ke sana adalah Songkhla adalah wilayah yang sangat cantik untuk dijelajah bersama-sama keluarga. Berlibur dengan bajet yang rendah tapi dengan impak maksima. Walaupun Songkhla lebih kecil berbanding dengan bandar Hat Yai, Songkhla adalah bandar wilayah untuk Wilayah Songkhla dan juga Wilayah Perbandaran Songkhla (Amphoe Mueang Songkhla kalau tak silap aku dalam bahasa siam).
Lensa Kameraku melihat anak-anak sekolah menaiki pengangkutan ke Sekolah. Kalau di Malaysia, confim memang tak bagi naik kenderaan macam ini kan. Fear Factor tu !

Songkhla terletak di muara tasik Songkhla yang menghubungkan tasik itu dengan Teluk Siam. Memang besar sangat dan luas sangat tasik Songkhla ini. Ingatkan laut, rupanya tasiklah. Bandar Songkhla adalah bandar pelabuhan dan pusat perikanan yang penting di Thailand, dan membekalkan banyak tangkapannya kepada pembeli-pembeli di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Rasanya ikan yang kita makan tu mungkin datangnya dari sana kan.
Antara Masjid yang terus mengimarahkan sinar Islam di Songkhla. Berhampiran Dengan Samila Beach, Songkhla.

Songkhla, satu dari pelabuhan penting Thailand dan wilayahnya dengan sumber lautnya, berlokasi 950 km dari Bangkok. Kawasan melingkupi  seluas 7393 km persegi di bahagian Timur semenanjung Malaysia, wilayah ini dibersempadankan dengan Malaysia di negeri Kedah dan Perlis Malaysia di Selatannya dan Semenanjung Thailand di bahagian Timur. Sebagai tambahan, Songkhla beradansem dengan wilayah Nakhon Si Thammarat dan Phatthalung di Utara, wilayah Yala dan Pattani di Selatan, dan wilayah Satun dan Phattalung di bahagian Barat. kalau mengikut sejarah kawasan Hatyai, Sokhla, Pattani dan Satun merupakan kawasan Tanah Melayu. Terpisah kerana perjanjian Inngeris -siam.
Eh ada ekorlah. Ekor apa ini? Jom kita cari mana badannya dan kepalanya?  Di Samila Beach, Songkhla

Isteriku dan Mat Siam yang dok baca buku.

Alamak! aku tak fahamlah bahasa Siam. Lepas ni boleh belajar lagi.

Aku suka dengan kata-kata hikmah pada monumen ini. Sekitar pantai Samila Beach terdapat banyak universiti di sekitar Songkhla rupanya. Sebab itu monumen berunsurkan keilmuan dan pendidikan dibangunkan disini. Baru aku faham.
Perjanjian Inggeris-Siam 1909 dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909. Perjanjian ini diadakan di Istana Raja Thailand di Bangkok yang diusahakan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir John Anderson.
Itu pulau Tikus dan Pulau Kucing. Dan yang model dok berdiri itu, adalah isteriku. hehehe

Monumen Samila Beach


Antara monumen kreatif di Pantai Samila
Mercu Tanda Songkhla
Say Cheese... Depan Monumen Songkhla di Samila Beach
Sejarah Songkhla
Meaow meow di depan patung kucing dan tikus. Kucing dan tikus mungkin kawan baik kut.
Britain tidak dapat bertangguh lagi untuk menguasai seluruh Tanah Melayu kerana negeri-negeri ini kaya dengan biji timah dan sesuai ditanam dengan getah. Tambahan pula negeri-negeri Melayu ini amat sesuai disatukan kerana mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu sama dari segi bahasa, agama, bangsa, cara hidup, kebudayaan dan lain-lain.

Untuk mempengaruhi Siam agar bersetuju untuk berunding, Inggeris dan Perancis telah bersedia menamatkan hak wilayah asing yang diperolehi sejak tahun 1855 dan 1856. Siam sedar bahawa Inggeris begitu serius terhadap perkara mengenai Negeri-negeri Melayu Utara lalu bersetuju untuk mengadakan perundingan. Rundingan telah diadakan dan akhirnya Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada 9 Julai 1909. Maka terpisahlah Hat Yai, Satun, Pattani, Yala , Satun kepada Negara Siam. Begitulah nasib Tanah Melayu yang dijajah oleh penjajah....Jadi apa yang kita dapat kesan-kesan perjanjian. Maka Negeri-negeri Melayu Utara berpindah tangan dari Siam kepada Inggeris dan negeri-negeri itu menerima seorang Penasihat British yang tugasnya seperti Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Seterusnya Penasihat British dilantik untuk berkhidmat di Perlis, Kelantan dan Kedah. Terengganu menerima Penasihat Inggeris pada tahun 1919. Bahkan Perjanjian ini telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu seperti mana kita dapat hari ini. Perjanjian ini menjamin Inggeris agar dapat menjalankan dasar monopoli perdagangannya di Semenanjung Tanah Melayu. Sudahlah hasil mahsul Tanah Melayu sudah dibolot oleh British dulu.. Kita sudah mendapat kesan pecah dan perintah amalam penjajah British sehinggalah kita mendapat Kemerdekaan. Itu bab sejarah yang dapat aku olahkan apabila melawat ke Songkhla.

akan bersambung lagi cerita pada 10 September 2011..TERIMA KASIH KERANA MENUNGGU.

2 ulasan:

Phatchanon Chongjaroensuk berkata...

hahaha... dl sy pn gi skolah naik songthaew gt... lebuhraya dr hatyai ke bangkok mmg tiada tol... cm dlm bangkok saje ade tol...

Unknown berkata...

TahniAh untuk anda yg berjaya merentas Asean

Mohon laluan


UMRAH PERSENDIRIAN
Saya telah mewujudkan whatsapp group atas nama 'Umrah Persendirian' kerana dewasa ini penggunaan whatsapp lebih di sukai masa kini. Group whatsapp pertama sudahpun penuh. Satu group telegram juga di wujudkan atas nama sama tetapi kurang disukai kerana tidak mesra pengguna.
Tujuan group di buat antaranya mengumpul mana2 jemaah yang telah menunaikan umrah cara persendirian atau cara tanpa agen dan apa2 nama yg membawa erti umrah persendirian serta bakal bakal jemaah umrah yang memilih cara umrah persendirian.

Group yang sudah mempunyai keahlian melebihi 50 org telah aktif dan ada beberapa ahlinya yang sudah melakukan umrah cara persendirian ini. Perjumpaan pertama antara ahli yang berada di Lembah Klang dan yang dapat hadir akan di buat dalam masa terdekat.

Keahliannya terbuka kepada semua oyrang Islam berumur 18 tahun dan ke atas tanpa syarat lain.

Sekiranya saudara/saudari berugama Islam membaca tulisan ini, saudara-saudari berhajat menyertai whatsapp itu boleh berbuat dgn menghubungi email umrahsenang@gmail.com untuk mendapatkan no whatsapp atau apa-apa maklumat berkaitan.

Akhir sekali, marilah kita sama-sama berjimat dalam melakukan ibadah umrah cara persendirian dengan kadar 30% ke 50 % dari kadar mengikut pakej TA.

Sekian, terima kasih.

Catat Ulasan