Perancangan Kembara Basikal Raya Aidilfitri Dari Kuala Nerang ke Songkhla Melalui CIQ Durian Burung, Kota Putra , Kedah


 Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Begitulah lirik lagu dari Allahyarham Sudirman yang terngiang-ngiang ditelinga. Hari Raya semakin hampir. Kampungku di Kuala Nerang Kedah nun jauh di Utara.Rasa tak sabar nak balik kampung. Ingat Raya, ingat ketupat palas, rendang masakkan emak ku. Raya pertama dan kedua merupakan slot untuk keluarga aku.


View Laluan Kembara Basikal CIQ Durian Burung, Kota Putra (Malaysia) ke Hat Yai (Thailand) in a larger map

Hari ketiga adalah slot untuk aku kembara dari Kuala Nerang ke Hat Yai mengikut laluan pintu masuk  sempadan yang kedua . Nak tau dimana??? Ramai yang tak mengetahui tentang pintu sempadan yang kedua ini. Pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah merupakan pintu sempadan pertama dan pintu sempadan yang kedua adalah CIQ Duriang Burung, Kota Putra di daerah Padang Terap, Kedah. Tak jauh pun dari kampung di Kuala Nerang, Insyallah... Pengalaman menggunakan laluan kedua melalui CIQ Kota Putra, Durian Burung ini akan dikemaskini selepas mengembara dari Kuala Nerang ke Songkhla.Aku dan isteriku akan beraya bersama-sama didalam kembara basikal ke Songkhla mengikut laluan yang tidak pernah lagi rider basikal lalu disini. Tunggu ye nanti.

Batu Sempadan Malaysia (Duriang Burung) - Thailand (Ban Prakorb) berhampiran dengan kampung ku
Pada tahun 2004, aku berkesempatan merakamkan video suasana pintu masuk negara melalui Negeri Kedah iaitu Kota Putra, Durian Burung yang terletak di Daerah Padang Terap. Selepas sahaja Pilihanraya Umum yang ke 11, aku melihat banyak perubahan yang berlaku selaras dengan pembangunan yang diwar-warkan oleh pemimpin negeri ketika itu. Video rakaman ini bolehlah dilihat di laman youtube semasa aku merakamkan untuk pembangunan kawasan di Daerah Padang Terap. Rakaman ini dibuat bersama -sama dengan ayahku.



Kini aku kembali melihat semula kawasan pembangunan CIQ yang dibangunkan sejak tahun 2004 kini berubah wajah. Pintu masuk kedua negara selepas Bukit Kayu hitam, Kota Putra akan menjana ekonomi negeri bahkan penduduk tempatan akan merasai bersama kemajuan bersama. Tidak kiralah siapa sahaja kepimpinan negeri yang mentadbir, bagi saya pemimpin yang adil dan berjiwa rakyat akan melunaskan tanggungjawab amanah yang diberi oleh rakyat. mandat yang diberikan adalah amat besar tanggungjawab untuk dilaksanakan. Negeri Kedah merupakan negeri pertanian yang memerlukan impak berskala besar bagi menjayakan negeri pertanian bertaraf moden selain disuntik dengan nilai-nilai islam didalam apa jua bidang bidang.

Jalan di sekitar Kota Putra, Durian Burung, Padang Terap

Bangunan Kastam, Imegresen dan Kuarantin CIQ di pintu masuk Kota Putra, Duriang Burung


Pintu masuk utama Kota Putra ke Thailand



Oklah tunggu sahaja log kembara basikal ku dari Kuala Lumpur opss Kuala Nerang Ke Songkhla menggunakan laluan alternatif bukannya laluan tikus ye. Raya ketiga nanti aku akan kemaskini semua maklumat untuk semua peminat kembara basikal.


DENGAN KESEMPATAN YANG ADA, AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI AKU. TUNGGU SAHAJA BUAH TANGAN KAMI DARI KEMBARA BASIKAL NI NANTI