(babak 2) Persediaan Kembara Malam Ke KL-Kuala Selangor

Tepat 12.30 tengah malam , perjalanan kayuhan ke Kuala Selangor pun bermula. Setelah persediaan dibuat dengan rapi. Lampu dan vest reflector adalah wajib didalam kembara kayuhan malam. Rasanya inilah touring dibuat pada malam hari, satu pengalaman yang menarik dengan suasana gelap dan dijalan laluan yang sunyi. Macam-macam yang bermain didalam fikiran aku. Arghhh pedulikan . yang penting kayuh tetap kayuh. Janji sampai walaupun lambat sampai.
Dah macam Gaban dah adik ku ini.
Perjalanan ke Kuala Selangor bermula dari Kuala Lumpur yang jarak jauh nya 68KM meredah kegelapan malam . Memang mencabar minda. Memang mental kalau tak tahan sabar. Kayuh biar konsisten. Bukan nak berlumba. Ambil angin malam dengan cara yang berlainan. Soal risiko dan keselamatan merupakan keutamaan kami semua. Fuhh.. Dengan laluan utama lori yang banyak dan anjing-anjing liar pada waktu malam, memang merisaukan kami semua. Sepanjang laluan selepas Penjara Sungai Buluh, meupakan kawasan  tak dijangka, apa yang kami lalui sememangnya mencabar minda. Walaupun nyaris diganggu unsur mistik.
Vest reflector dipasang pada jentera.


Ya.. Unsur mistik. nak percaya atau tak, kami sahaja yang dapat rasakan sepanjang kayuhan 5 jam ke jalan Kuala Selangor ini.  Bau kapur barus, 2 lembaga , Bunyi memanggil-memanggil nama kami bila  melalui kawasan jirat cina dan kubur India berhampiran Kota Puteri.
Pasukan pengayuh bersedia untuk bergerak tuan!!
Dikejar anjing liar yang berkeliaran pada waktu malam, banyak mengugat kayuhan ini. Mana tidaknya, kayuhan bertambah laju bila dikejar anjing. Apalagi, kayuh oun makin laju. Fuh.. Rasanya 2 kali kena sergah dek ajing yang tak cukup sivik langsung.. Memang tak ingat langsung bila kayuh deras-deras. Berderau darah.

Gelagat Pak Metua ku yang kehairanan melihat jenteraku untuk sampai ke Kuala Selangor...Heran..Heran

Ini macam punya basikal, larat ke bawa barang-barang dalam beg pannier??

Pak Mertuaku..oh Pak Mertuaku. Jom Kayuh

Ayaq bagi lebih sikit.. Dahaga nanti sumbat je botol kat mulut naa



Abg Omm ambik gambar jentera siapa tu?

Lip Lap Lip Lap bila disuluh lampu.... hehe

Berhenti sekejap di Petronas Sungai Buluh
Ambil gambar dulu. Bukti touring malam-malam


Sambungan Kembara Dari Selayang Ke Kuala Selangor Nite Ride