Night Touring / Kembara malam berbasikal di Putrajaya

Night touring atau kembara malam berbasikal bersama isteriku dan adik iparku, Aiman di Dataran Putrajaya sehingga precinct 20. Pecah peluh juga kayuh malam-malam di Putrajaya. Pada waktu malam tidak ada proses fotosintesis, jadi oksigen amat kurang dan ini akan membuatkan paru-paru kita bekerja lebih dari biasa mendapatkan oksigen. Bila bekerja lebih, maka terbakarlah kalori didalam badan dengan cepat. Proses hidrasi juga akan berlaku juga.


Persiapan sebelum memulakan kembara malam ( Night Touring), 

  1. kami telah merancang pelan perjalanan mengikut peta googlemap  bagi Putrajaya.
  2. Basikal-basikal hendaklah diperiksa dengan teliti dari segi brek basikal, tayar , rantai , cassete diminyakkan dan pedal serta handlebar.
  3. Pakaian hendaklah sesuai dengan touring malam ini, pemakaian vest pemantul cahaya wajib dipakai sepanjang touring ini. 
  4. Lampu depan  dan belakang hendaklah dipasang samada high beam atau berkelip-kelip bagi lampu belakang. Ini amat penting bagi memaklumkan kehadiran kita diatas jalanraya.
  5. Air minuman disimpan didalam botol atau beg hidrasi. Bawa sekali makanan untuk dikudap semasa berhenti. ambil tenaga dahulu.
  6. setelah persiapan dilakukan, berdoalah bersama-sama ahli kumpuan agar kembara ini diberi perlindungan damada yang nampak atau yang tidak nampak sepanjang perjalanan ini. Amin

Sebelum touring, pastikan pakaian kita sesuai untuk kembara malam. warna cerah lagi bagus. Kalau takde, pakailah vest pemantul cahaya. UTAMAKAN KESELAMATAN!

Reflector atau pemantul cahaya dari vest keselamatan kami.

Beg air 3 Liter dengan saluran bladder perlu semasa kayuhan tanpa henti.Kalau dahaga, silalah minum.

Inilah adik iparku, Aiman.

Kami memakai vest pemantul cahaya bersama lampu LED lip lap. dari jauh dah nampak dah...

Fotolog dari kamisanasini semasa touring di Putrajaya.
Nota: Kalau ada yang ingin menambah sebarang persediaan keselamatan sebelum touring, bolehlah respon didalam blog ini. Terima kasih ya.

0 ulasan:

Catat Ulasan